Pribumi Perkasa Negara

Buku Jingga Lebih Utama dari Al-Quran?
Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian. Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud akan dilaksanakan.

Itu teori, tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur manakan tidak, jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai di susun dan satu mesyuaratpun tak pernah dibuat.

Terbaru, Presiden PAS, Hadi Awang sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya bertahan sehari dua saja. Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka.

Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik, mulalah dua tiga kerat pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon nak pertahankan maruah parti sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika PR memerintah.

Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih pemerintahan.

Realitinya, …selanjutnya baca disini

Ps/— Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One

Apabila Nik Aziz, Graduan Agama Dari India dan Bekas Guru Kemas, Tempelak Mufti
Semalam, Nik Aziz menempelak pandangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak terhadap PAS dengan menganggap kenyataan beliau bahawa PAS sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam, sebagai pandangan lapuk dari seorang mufti.   Sebelum ini Nik Aziz telah mempertikai fatwa bahawa ‘merusuh untuk menentang kerajaan adalah haram’, yang terhasil dari kajian 24 ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.   Kritikan keras Nik Aziz terhadap para Mufti ini adalah semata-mata untuk menjustifikasikan rusuhan BERSIH 3.0 sebagai sesuatu yang dibenarkan dalam agama Islam.

Masyarakat secara amnya menerima Nik Aziz sebagai Ulama.   PAS pula menganggap Nik Aziz sebagai jauh mengatasi Ulama-ulama lain iaitu seorang Mursyid.   Nik Aziz dianggap keramat, wali hatta mampu ‘menerima wahyu’ mengampunkan dosa orang lain.   Kononnya, apa yang keluar dari mulut Nik Aziz pasti menjadi kenyataan.  Maka, apabila Nik Aziz mendoakan agar Tun Dr. Mahathir pecah perut dan pengundi hanya nampak bulan di kertas undi, seluruh penganut PAS percaya dan tertunggu-tunggu ‘mukjizat’ itu diperlihatkan kepada seluruh manusia.

Namun, Tun Dr. Mahathir kekal segak bergaya, tajam fikiran, dihormati dan disanjungi di seluruh dunia dan disambut meriah di mana saja.   BN juga kekal memerintah sehingga kini.  Hanya Nik Aziz yang semakin hari semakin uzur sehinggakan terpaksa disediakan katil di pejabatnya dan tidak lagi dapat naik tangga.

Nik Aziz juga sudah berkali-kali bersama dengan penganut PAS mengadakan sembahyang hajat agar Anwar Ibrahim terpelihara.  Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.  Satu demi satu skandalnya terbongkar, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya dan kini khabarnya beliau bergelut mengawal HIV di dalam darahnya.  Entah benar entah tidak, bukan masalah kita tetapi masalah Anwar jua.

Maka, pernahkah kita bertanya, siapa yang melantik Nik Aziz sebagai Ulama?  Apakah kelayakannya untuk mempertikai fatwa para mufti dan menghukum pandangan mereka sebagai lapuk?  Tidakkah kita tertanya-tanya kenapa semua doa Nik Aziz tidak diterima tetapi yang terjadi adalah sebaliknya?   Tetapi, kenapa Nik Aziz di’sembah’ sebegitu rupa?

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Nik Aziz bukan Ulama.

Suatu ketika dahulu, beliau hanyalah seorang pemuda yang belajar agama di Deobond, India dan kembali ke Malaysia menjadi guru tadika Kemas sambil mengajar Al-Quran dan memberi tazkirah dan kuliah agama sebelum menjadi pemimpin PAS.   Tetapi ini tidak menjadikan beliau seorang alim-ulama yakni seorang yang berpengetahuan dan berilmu serta bijaksana.  Ini kerana, selama pulangnya dari India sehingga kini Nik Aziz tidak pernah mengkaji apa-apa, jauh sekali menghasilkan buku-buku ilmiah yang boleh dijadikan rujukan seluruh dunia.

Justeru, kenapa kita meletakkan taraf Ulama dengan sebegitu rendah sekali?  Tahukah kita bahawa Ulama di zaman kegemilangan Islam adalah para saintis, doktor, jurubina, yang menyumbang kepada dunia dan manusia sejagat?   Mereka mencipta, mencari penyelesaian dan jawapan kepada permasalahan cakerawala – langit, tanah, lautan dan udara selain manusia.

Kenapakah hari ini, Ulama hanya dihadkan kepada seorang yang belajar agama, tanpa mengira sumbangannya?  Dan kenapakah sumbangan mereka hanya dinilai dari segi ceramah, dan bukannya hasil penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia keseluruhan?   Kenapakah agama hanya dihadkan kepada persediaan untuk mati dan bukannya tentang keajaiban kehidupan?

Dalam kita mentafsirkan kembali kedudukan Nik Aziz dalam masyarakat, kita juga perlu mentafsirkan kembali siapa Ulama agar tidak mudah disesatkan oleh Ulama-ulama jahat yang berkeliaran di seluruh pelusuk dunia, memecahbelahkan dan menyesatkan manusia agar percaya yang batil itu haq dan yang haq itu batil.

Hari ini diri Nik Aziz semakin terhina.  Beliau digelar dengan berbagai panggilan buruk.   Tiada lagi cakap berlapik jika ingin mengkritik Nik Aziz.   Tiada lagi rasa hormat walaupun sekadar sebagai seorang yang lebih tua.  Jika Tun Dr. Mahathir dirujuk sebagai Ayahanda, Nik Aziz pula dirujuk sebagai wali selipar atau barua Cina.

Walaupun begitu, Nik Aziz masih berada di alam khayalan kononnya beliau adalah Ulama besar yang dihormati.   Ternyata ketaksuban pengikut-pengikutnya telah menyebabkan beliau tidak lagi berpijak di bumi nyata.  Sikap takbur dan riak telah menghindarkannya dari melihat kebenaran.

Artikel ini bukan berniat untuk memperlekeh Nik Aziz, tetapi untuk menarik Nik Aziz agar kembali ke bumi nyata melihat siapa dirinya.   Nik Aziz dan Tan Sri Harussani umpama langit dengan bumi dari segi pengetahuan, pemikiran dan segala-galanya.  Adalah tidak wajar jika ada di antara kita yang meletakkan pendapat Nik Aziz mengatasi pendapat Tan Sri Harussani dan mufti-mufti lain.

Sesungguhnya, Nik Aziz adalah lebih mulia ketika beliau hanya menjadi guru tadika, berbakti kepada anak-anak kecil dan masyarakat, berbanding sekarang apabila beliau menjadi Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS tetapi tidak mampu berbuat apa-apa melainkan kerosakan semata-mata

Sejarah Ringkas Kejatuhan Anwar Ibrahim – Siri 2
Setelah mendengar keterangan pihak pendakwaan, Yang Arif Hakim telah memutuskan seperti berikut:

“Saya dengan ini berpuas hati bahawa pihak pendakwa mempunyai prima facie yang menunjukkan bahawa tertuduh, semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mempunyai kapasiti untuk melakukan korupsi dalam keempat-empat dakwaan yang dikenakan terhadapnya menurut s 2(I) dari Ordinan No. 22.”

Bagi tuduhan pertama, hakim mendapati bahawa tertuduh telah mengarahkan Dato’ Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II untuk memperolehi kenyataan bertulis dari Azizan bin Abu Bakar menafikan dakwaan liwat sepertimana yang terkandung dalam Akuan Bersumpah bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana berjaya diperolehi dengan tujuan untuk mengelak dari dimalukan.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didapati telah mengarahkan perkara yang sama kepada orang yang sama dengan tujuan melindungi dirinya dari dikenakan tindakan undang-undang.

Bagi tuduhan ketiga, tertuduh telah mengarahkan Dato’ Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II untuk memperolehi kenyataan bertulis dari Ummi Hafilda bte Ali menafikan dakwaan salahlaku seks dan liwat seperti yang terkandung dalam laporannya bertajuk “Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri” bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana berjaya diperolehi dengan tujuan mengelak dari dimalukan.

Bagi tuduhan keempat, tertuduh didapati telah mengarahkan perkara yang sama kepada orang yang sama dengan tujuan melindungi dirinya dari dikenakan tindakan undang-undang.

Ketika disoal dikandang tertuduh, Anwar telah bersikap seperti biasa iaitu cuba membelitkan setiap kata-katanya:

Soalan:  Apakah setuju bahawa P20 dan P22 membawa faedah kepada Dato’ Seri?

Anwar:  Bagi saya soal faedah tidak berbangkit.

Soalan:  Bersetuju atau tidak bahawa P20 dan P22 adalah penting kepada Dato’ Seri?

Anwar:  Kebenaran penting bagi saya.

Soalan:  Apakah P20 dan P22 penting kepada Dato’ Seri?

Anwar:  P20 dan P22 ditulis oleh Azizan.  Penjelasan Ummi dan Azizan terhadap tohmahan dan fitnah adalah untuk memberikan kenyataan yang benar.

Soalan:  Bersetujukah tidak bahawa P20 dan P22 telah dihantar oleh Dato’ Seri sendiri kepada Perdana Menteri bersama dengan D76 sebagai lampiran-lampiran?

Anwar:  soalan itu sangat mengelirukan kerana D76 dihantar kepada Perdana Menteri satu tahun berikutnya dan saya muatkan dalam lampiran hampir semua surat yang ada di dalam simpanan termasuk P14 yang dikatakan telah juga dikirim kepada Perdana Menteri.  Saya tidak tahu sama ada sebahagian atau kesemua lampiran-lampiran tersebut telah dihantar kepada Perdana Menteri sebelumnya.

Soalan: Setuju atau tidak bahawa P20 dan P22 telah dihantar kepada Perdana Menteri bersama dengan D76?

Dato’ Seri setuju atau tidak bahawa Dato’ Seri memuatkan P20 dan P22 ke dalam D76 untuk perhatian Perdana Menteri?

Anwar:  D76 ditulis kepada Perdana Menteri sebagai lanjutan perbincangan di antara saya dan dengan Perdana Menteri.

Soalan:  Soalan saya tidak dijawab.

Anwar:  P20 dan P22, saya jawab setelah bincang dengan Perdana Menteri semua dokumen yang ada dalam rekod saya dilampirkan.

Soalan:  Ini hanya soalan mudah.

..Selanjutnya baca disini..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One

Tamak!
Maka tersebutlah alkisah..toibbbbb.

Seorang ahli perniagaan bercadang membuka sebuah restoran makanan ala Thai, maka di jemputnya Seorang chef yang boleh memasak makanan ala Thai tersebut untuk bekerja dengan beliau.

Setelah membuat perjanjian awal ia itu untuk menerima gaji bulanan sebanyak rm1000.00, maka bermulalah perniagaan restoran tersebut.

Setelah seminggu beroperasi , Sungguh tidak disangka oleh Chef tadi, Kerana begitu ramai dan mendapat sambutan begitu hebat sekali restoran tempat dia menjadi tukang masak disitu.

Maka datanglah tamak di fikiran Chef tadi. Alangkah baiknya jika aku mohon agar gaji aku di naikkan kerana ramainya restoran ini kerana masakan dari aku.

Maka pada malam minggu di ketika sedang ramai pengunjung ke restoran tersebut, maka berkata lah Chef tadi kepada pemilik restoran dengan nada ugutan.

“Boss.. gini lah Boss… oleh kerana ramainya pelangan datang ke restoran ini hanya kerana ingin menikmati masakan saya, jadi bertapa pentingnya saya di dalam restoran ini, maka malam ini saya memohon agar gaji saya di naikkan dari rm1000.00 kepada rm5000.00, jika tidak saya akan berhenti pada malam ini juga”

Pemilik restoran agak tergamam dengan ugutan Chef tersebut lalu cuba memujuknya,

“Gini lah, saya berjanji dan kita lihat didalam sebulan dua ini, dan saya akan tambah dan tunaikan permintaan Chef tadi”.. pujuk pemilik restoran.

dengan sombong Chef itu membalas kata ” Oh tidak, jika Boss tidak tunaikan permintaan saya , sekarang juga saya berhenti”

Oleh kerana didalam restoran telah penuh dengan pelanggan maka terpaksalah pemilik restoran tadi menyetujui permintaan Chef tadi.

Akhirnya Chef berjaya menugut pemilik restoran untuk menurut kehendaknya dan meneruskan tugasnya memasak didapor dan pemilik restoran melayan semua tetamu yang hadir.

Pada ke esokkan harinya, saperti biasa pemilik restoran membukan restorannya dan Chef bersiap sedia di dapor…. selanjutnya baca disini..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One

Umno tidak restu Perkasa ganggu Guan Eng, keluarga
GEORGETOWN – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata tindakan anggota Perkasa berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Khamis lepas adalah sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh Umno negeri.

Umno dan Perkasa adalah berbeza kerana Umno adalah parti politik dan Perkasa adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Zainal Abidin berkata berpolitik ada hadnya dan Umno tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi, sambil menyifatkan ia adalah sesuatu yang di luar batas-batas politik yang tidak dipersetujui oleh BN.

Katanya, tindakan Perkasa boleh menjejaskan imej Umno dan mengelirukan rakyat kerana parti itu seringkali dikaitkan dengan kumpulan pendesak berkenaan. Lebih 70 anggota Perkasa berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar pada Khamis lepas bagi mendesak Guan Eng meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Bilakah akan berakhirnya Drama Hudud ini?
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang mengenai pelaksanaan hudud jika PR memenangi Pilihan Raya Umum tidak bercanggah dengan prinsip Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib juga berkata perkara yang sama dan mencadangkan bahawa pendapat Karpal hanya perlu diketepikan. Karpal Singh sebelum ini membantah Hadi Awang untuk membawa kembali isu hudud yang beliau fikir telah berakhir, bila mana PAS bersetuju untuk menukar objektif penubuhan parti mereka dari negara Islam kepada negara Kebajikan.

Karpal turut merujuk kepada kenyataan Hadi Awang baru-baru ini di mana beliau mahu kepada perubahan dari Islam sebagai agama rasmi di Malaysia kepada cara hidup Islam (Addin) kepada semua.

Dengan itu, Karpal menuntut supaya PAS  menghentikan semua perbincangan mengenai Islam khususnya hudud. Menurut beliau, ceramah tentang Islam hanya mengelirukan pengundi, dan bahawa ia tidak selaras dengan prinsip Pakatan Rakyat.

Kami bersetuju dengan Karpal di mana PAS perlu membuat keputusan dengan pendirian mereka mengenai hudud untuk kali terakhir.

Seawal penubuhan Parti PAS, perlaksanaan hukum hudud sebagai fokus utama mereka. Dengan pendirian ini, ramai penyokong PAS telah bertukar menjadi fanatik dan mereka sepenuhnya menentang kerajaan yang mereka berfikir bahawa kerajaan adalah sekular dan berpendapat bahawa ia tidak akan melaksanakan hukum hudud. Insiden Memali dan Sauk telah menjadi contoh beberapa kejadian tragis yang datang dari pergerakan yang melampau yang dibawa oleh PAS.

Tanpa mereka mengetahui,bahawa hudud ciptaan pemimpin PAS hanyalah sebuah drama politik untuk meraih sokongan daripada umat Islam.

PAS sedar bahawa orang Melayu mudah dipengaruhi dengan drama keislaman. Dengan itu, … selanjutnya baca disini ..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One

Malapetaka Untuk PAS Di Kelantan
Ceramah Hassan Ali

Ramai pemimpin PAS masih berpendapat Kelantan adalah tiang seri pengarang jantung hati PAS, rakyatnya setia sehidup semati kekal bersama PAS dan kebangkitan semula pengaruh UMNO serta pemimpinnya walau secuit pun tidak mampu menggugat keteguhan sokongan rakayt Kelantan kepada Nik Aziz selaku pemimpin PAS tersohor.

Itu kata pemimpin PAS yang saban hari aktif dengan dakyah mendokrinkan khalayak umum melalui ceramah politik siang malam tanpa henti dan dek kerana yakin dokrin tersebut telah mendarah daging dalam jiwa raga umat, mereka menjadi takbur dan lupa diri bahawa pembalikan hati dan fikiran manusia tetap juga di dalam kekuasaan Allah s.w.t.

Ambil contoh dua peristiwa berikut yang berlaku hanya dalam jangka waktu lebih sebulan sahaja. Perbandingan kedua-duanya membuktikan tak selamanya PAS berupaya mengongkong pemikiran rakyat Kelantan khususnya penyokong mereka sendiri.

Pada 12 Mei 2012 lepas bertempat di Pasir Puteh Kelantan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali dalam siri jelajah roadshownya berjaya menarik perhatian lebih 3,000 orang hadirin yang turut dihadiri oleh ramai penyokong dan ahli PAS Pasir Puteh.

Sekalipun banner dan poster pemberitahuan majlis banyak yang ghaib tiba-tiba dua tiga hari sebelum majlis berlangsung, namun majlis tetap berjalan dengan jayanya.

Berbeza sekali dengan majlis ceramah yang di hadiri Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang suatu ketika dulu biasanya mampu menggamit perhatian tidak kurang empat lima ribu pendengar pada satu-satu majlis, namun akhir-akhir ini penampilan Mat Sabu dan ramai pemimpin PAS semakin suram sambutannya dari kalangan rakyat Kelantan.

Misalnya pada 29 Mac 2012 lepas, Mat Sabu dan beberapa pemimpin Pas Pasir Puteh telah mengadakan ceramah perdana di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh namun kehadirannya agak mendukacitakan.

…Selanjutnya baca disini..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One

Perkasa cadang majlis fatwa kaji gugur nama Islam pada parti PAS
PASIR MAS, 12 Mei — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran Pas menggunakan perkataan Islam pada parti itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis ceramah di sini malam tadi, beliau berkata ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan daripada pemimpin Pas sebagai tuntutan Islam.

Contohnya ialah seperti kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekacauan di ibu Negara baru-baru ini.

“Sedangkan beliau (Nik Aziz) sendiri tidak menyertai perhimpunan itu, yang menyebabkan beberapa orang awam dan anggota polis cedera,” katanya.

Beliau berkata ini menunjukkan Pas telah menyeleweng jauh dari Islam dan seolah-olah fahaman yang dibawa Pas semuanya adalah tuntutan Islam.

Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas dalam pada itu berkata beliau sanggup mendedahkan lebih banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin parti itu, terutama berkaitan pembelian tanah yang melibatkan pemimpin parti itu.

“Saya sedia membawa perkara itu kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika ada pemimpin parti itu sanggup mencabarnya berbuat demikian,” katanya.

Presiden pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (Jati) yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang turut serta pada majlis ceramah itu berkata Jati akan menghantar satu memorandum tuntutan 10 perkara kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika anggotanya mencecah 100,000 orang.

Antara tuntutan utama ialah menggesa kerajaan menjadikan mata pelajaran agama Islam sebagai mata pelajaran wajib di peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR); Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

MELAYU DALAM PAKATAN RAKYAT MELUTUT KEPADA DAP
Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan Negara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti rasis dan chauvinis Cina itu melihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti.

Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu sepatutnya menjadi pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa kerat individu Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej prihatin kepada orang Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada pemimpin Melau di dalam parti itu.

Maka Tunku Aziz pun dilantik sebagai salah satu naib presiden DAP untuk mengaburi mata orang Melayu.

Keadaan itu berubah apabila Tunku Aziz bersuara sedikit mengkritik penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong DAP dan parti pembangkang yang lain.

Dengan pantas DAP yang dikatakan sayang dan mengambil berat kepada Orang Melayu mencantas anggota diraja Kedah itu daripada terus memegang jawatan Senator.

Bagi DAP, orang Melayu boleh pegang jawatan tinggi dalam parti itu, mungkin juga sampai menjadi pengerusi, tetapi mereka hendaklah diam membisu serta menjadi seperti tunggul.

Membuka mulut untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu di dalam DAP bermakna mengundang padah kepada karier politik mereka.

Taktik DAP memikat hati orang Melayu setakat ini telah berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggang yang setia.

Kesetiaan PAS kepada DAP terbukti apabila parti itu sanggup mengorbankan prinsip perjuangan negara Islam semata-mata untuk menjaga hati DAP.

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh melaksanakan hukum hudud dan mewujudkan negara Islam sehingga mencukupi syarat.

Apa yang dikatakan beliau amat bertentangan dengan semangat berkobar-kobar PAS Kelantan meluluskan enakmen hukum hudud 20 tahun dahulu kononnya sebagai langkah pertama penubuhan daulah Islam di negara ini. … Selanjutnya baca disini ..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oeh Obey-One

Antara Hak Untuk Berdemonstrasi, Privasi Dan Mencari Rezeki
Kita tidak tahu sama ada S.Ambiga adalah seorang yang keliru, dungu atau semata-mata hipokrit. Beliau yang menganggap diri sendiri sebagai juara hak asasi manusia kini terjerit-jerit menafikan hak manusia lain untuk mencari rezeki dan berhimpun di depan rumahnya.

Seolah-olah hilang pertimbangan Ambiga benar-benar berang apabila 20 peniaga Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang kerugian akibat BERSIH 3.0 menuntut pampasan darinya dan bertindak berniaga di hadapan rumahnya.

Alasan Ambiga ialah mereka telah menceroboh privasinya. Malah beliau juga menempelak mereka sebagai penyangak.

Benar, Ambiga ada hak privasi, tetapi beliau perlu ingat bahawa peniaga-peniaga juga ada hak berhimpun dan mencari rezeki di mana saja mereka suka. Lagipun, bukankah Ambiga juga yang menunjukkan contoh bahawa manusia boleh berhimpun di mana saja termasuk di kawasan perniagaan, walaupun ia akan menggugat hak manusia lain untuk mencari rezeki.

Dan Ambiga jugalah yang menunjukkan contoh bahawa manusia ada hak untuk menceroboh ke kawasan larangan dan mengingkari perintah pihak berkuasa jika mereka suka.

Adalah pelik apabila peniaga yang berhimpun dan berniaga dengan aman dipanggil penyangak sedangkan mereka langsung tidak merosakkan harta benda Ambiga sepertimana perusuh ternakan Ambiga dalam BERSIH 3.0 merosakkan kereta polis termasuk mencederakan anggota polis.

Ambiga juga tidak boleh marah jika peniaga mengotorkan kawasan rumahnya kerana itu adalah hak mereka, sepertimana pihak BERSIH 3.0 berhak mengotorkan Kuala Lumpur dengan sampah sarap dan darah pada 28 April lalu.

Dalam kes ini, Ambiga perlu ingat bahawa sekurang-kurangnya beliau dan jiran-jiran langsung tidak mengalami apa-apa kerugian dari segi kewangan. Kesan kepada Ambiga dan jiran-jiran hanyalah dari segi perasaan terganggu atau rimas.

Tetapi, apa yang dialami oleh peniaga-peniaga tersebut ketika BERSIH 3.0, ialah kerugian yang bukan sedikit. Itupun belum lagi dikira dengan kerugian dalam BERSIH 2.0 yang belum dilunaskan oleh Ambiga.

Sedarkah Ambiga, bahawa peniaga-peniaga inilah rakyat marhaen yang konon dibela oleh Ambiga melalui BERSIH.

Justeru, kenapakah rakyat marhaen yang hanya berniaga kecil-kecilan ini perlu dipanggil penyangak hanya kerana ingin menuntut hak mereka yang telah dirampas oleh Ambiga dalam BERSIH yang lalu?

…Selanjutnya baca disini ..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One

BERSIH 3,Penglibatan Kaum Cina Perlu Di Beri Perhatian
Perhimpunan Bersih yang diadakan baru-baru ini merupakan kali ketiga diadakan dan turut menyerlahkan beberapa fakta menarik untuk difikirkan bersama khususnya di kalangan kita orang Melayu di bumi bertuah ini.

Walau apa pun agenda dan hasrat yang ingin disampaikan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan,sudah  terang lagi bersuluh bahawa perhimpunan yang diadakan itu adalah bertujuan memperkuatkan sokongan dan keyakinan rakyat kepada pakatan pembangkang yang kian terjejas ekoran populariti dan komitmen Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak  sepanjang beliau mengetuai tampuk pemerintahan  negara sejak 2009 itu.

Namun fakta yang lebih menarik dan perlu direnungkan oleh orang Melayu tidak kira ideologi politik yang mereka perjuangkan ialah penglibatan orang Cina yang agak mendadak pada perhimpunan haram di Kuala Lumpur dan beberapa bandar utama di negeri lain sedangkan kaum itu(Cina) dilihat kurang ‘gemar’ berdemontrasi sejak insiden 13 Mei 1969 lalu.

Penyertaan kaum Cina itu secara jelas menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bagi dan masih utuh kepada pembangkang khususnya DAP sejak Pilihanraya Umum (PRU) 12 serta ia bakal memberi impak yang agak sukar buat BN khususnya di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Fakta yang dinyatakan itu juga memperlihatkan sokongan kaum Cina memungkinkan DAP akan menang besar di lokasi majoriti Cina sekaligus menguatkan parti yang diketuai Karpal Singh  itu untuk terus mendominasi pakatan pembangkang dan mengenepikan peranan serta  fungsi parti berpaksikan kebajikan (dulu Negara Islam) dan sebuah lagi parti yang dipalit dengan pelbagai skandal seks di kalangan pemimpinnya.

Penglibatan kaum Cina itu juga boleh disifatkan sebagai keinginan kuat mereka untuk melihat pakatan pembangkang terus menguasai kerajaan yang telah didominasi DAP antaranya Selangor dan Pulau Pinang serta pada masa yang sama menyimpan impian besar bagi merampas Putrajaya sepertimana  yang sering dilaungkan oleh pakatan pembangkang sejak empat tahun kebelakangan ini.

Contoh paling jelas ialah kemenangan ‘luarbiasa’ DAP dalam  Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lepas juga banyak dibantu oleh sokongan perkauman mereka terhadap calon dari kaum itu dan nyata ia memberi impak kekuatan terhadap parti yang berkiblatkan PAP di Singapura namun agak membimbangkan,orang Melayu seolah-olah tidak sedar dengan situasi yang sedang melanda negara ini.

Walaubagaimanapun,apa jua berkaitan dengan perkara yang disifatkan rasis seperti mana  kenyataan Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali  yang memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar dan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai  lepas  dengan ayat cukup keras, ‘apa sahaja boleh berlaku dan mereka perlu simpan bekalan makanan yang secukupnya pada tarikh tersebut”,mereka cukup melenting dan meminta Presiden Perkasa dikenakan tindakan termasuk Akta Hasutan dan pelbagai akta yang bersesuaian.

Perlakuan itu sebenarnya memperlihatkan  wajah sebenar perkauman di kalangan kaum lain negara ini di saat orang Melayu sentiasa bertolak ansur,mudah mengalah dan menghormati serta memberi peluang walhal itu semua tidak dihargai malah tidak diingat walau seminit pun di dalam benak minda mereka.

Abu Bakar Yahya

Pengerusi Perkasa Daerah Klang

Ahli DewanTertinggi (ADT) Perkasa

Kajian: 49% cenderung BN, 30% tak pasti
KUALA LUMPUR – Sekitar 49 peratus pengundi memilih Barisan Nasional (BN) sebagai parti keutamaan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bulan depan, berbanding 21 peratus yang mahu mengundi Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun hasil kajian yang dikendalikan baru-baru ini, dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, juga mendapati 30 peratus pengundi tidak pasti parti yang menjadi keutamaan mereka – yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar.

Dengan perkembangan itu, pengundi atas pagar dilihat mengalami peningkatan kali ini berbanding PRU12 dan dijangka akan memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan sesebuah parti pada PRU13.

Kajian itu dikendalikan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM antara 31 Mac dan 15 April lalu melibatkan 2,282 pengundi berdaftar di Semenanjung. Kajian tidak melibatkan pengundi Sabah dan Sarawak – dua negeri yang menawarkan 56 daripada 222 kesemua kerusi Parlimen.

“Kumpulan 30 peratus ini, pada pandangan kami, yang akan menentukan siapa dan parti mana yang akan memperoleh kemenangan dalam PRU13 kelak,” kata Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM, Amer Saifude Ghazali ketika membentangkan hasil kajian pada Wacana Politik dan Persepsi Semasa Pengundi Menjelang PRU13 di institusi pengajian tinggi itu, hari ini.

Menurut beliau, arah aliran sokongan 30 peratus pengundi atas pagar itu akan menentukan sama ada Bn atau PR akan menguasai Parlimen pada PRU13.

“Kadar ini boleh memihak kepada BN atau PR, bergantung pada strategi yang parti-parti politik yang bertanding. Jika parti politik bijak menggunakan strategi, mereka boleh menawan sokongan 30 peratus pengundi ini… jika mereka beralih kepada BN, maka BN akan menang dan jika pindah ke PR, PR berpeluang memperoleh kerusi majoriti Parlimen,” kata Amer.

Paras 30 peratus yang tidak pasti ini juga sama di peringkat negeri. Pusat itu turut mengeluarkan penemuan di beberapa negeri khususnya negeri-negeri yang sedang diperintah PR.

Misalnya, di peringkat Selangor, 34 peratus pengundi Melayu menyatakan bahawa BN menjadi keutamaan mereka berbanding 33 peratus memilih PR dan 33 peratus lagi pula tidak pasti.

Di kalangan pengundi Cina, 16 peratus sokong BN berbanding 49 peratus memilih PR dan 20 peratus lagi tidak pasti.

Seramai 20 peratus pengundi kalangan kaum India di Selangor memilih BN dan 60 peratus cenderung kepada PR dan 20 peratus lagi berada dalam kategori tidak pasti.

Di Perak, 36 peratus pengundi Melayu memilih BN sebagai parti pilihan mereka dan masing-masing 30 peratus condong ke arah PR dan 34 peratus tidak pasti.

Berbanding di Selangor, 67 peratus pengundi India di Perak memilih BN dan hanya lima peratus memihak kepada PR dan mereka dalam kategori tidak pasti pula 28 peratus.

Di Kedah juga, senario itu tidak jauh berbeza tetapi bilangan pengundi yang tidak pasti lebih kecil iaitu 24 peratus di kalangan pengundi Melayu, Cina (12 peratus) dan India (25 peratus).

Malah, di Kedah, 33 peratus pengundi Melayu memilih BN manakala kalangan Cina dan India pula masing-masing 38 peratus dan 65 peratus. Seramai 43 peratus orang Melayu, 50 peratus Cina dan 10 peratus India memilih PR.

Bagaimanapun senario agak berbeza membabitkan Kelantan, yang dipimpin oleh Pas sejak 1990, kerana 44 peratus pengundi memilih PR berbanding 27 peratus melahirkan sokongan kepada BN. Seramai 29 peratus pengundi berada dalam kumpulan tidak pasti.

Menurut Amer, ia menunjukkan bahawa senario di Kelantan adalah agak berlainan berbanding Selangor dan Kedah.

Ketika ditanya mengenai signifikan peratusan pengundi tidak pasti dalam menentukan parti pilihan mereka dalam PRU13, Amer berkata, meskipun 30 peratus pengundi mengatakan tidak pasti, sebenarnya penemuan “kami juga menunjukkan bahawa sebahagian besar sudah membuat keputusan.”

“Cuma mereka tidak mahu memberitahu parti yang menjadi keutamaan mereka secara terbuka. Pendirian mereka, kami dapat kenal pasti menerusi jawapan kepada soalan-soalan lain yang berkaitan, misalnya ada yang menentang dasar kerajaan,” kata beliau.

Berkenaan dengan keutamaan pilihan antara parti dan calon, 37 peratus pengundi berkata bahawa mereka akan membuat pemilihan berdasarkan calon manakala 51 peratus lagi memilih dengan mempertimbangkan aspek parti. Seramai 12 peratus lagi tidak pasti.

Dari segi kaum, masing-masing 50 peratus pengundi Melayu, 54 peratus (Cina) dan 57 peratus (India) mengutamakan soal parti apabila mahu mengundi kelak.

Guan Eng: Jangan ganggu keluarga saya
GEORGETOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kesal dengan tindakan sekumpulan ahli Perkasa yang cuba ‘membuat kacau’ di pekarangan kediamannya selain mencemarkan kebersihan dengan membuang poster di beberapa jalan di bandar raya ini semalam.

Beliau berkata, perbuatan kumpulan itu yang berhimpun di hadapan rumahnya pagi semalam adalah tidak bertamadun kerana turut menggantung gambarnya yang dikalung dengan bunga di hadapan pintu pagar sebagai simbolik sudah meninggal dunia.

Menurutnya, perbuatan ‘budak-budak’ itu juga menghina kaum India dengan mempersendakan ritual mereka.

“Mereka yang berkumpul di hadapan rumah saya inilah juga yang membuat kecoh pada perhimpunan anti-Lynas di Padang Kota Lama pada 26 Februari lalu.

“Perbuatan mereka ini bukan sahaja mengancam keselamatan saya, malah keselamatan ahli keluarga terutama anak saya yang berusia lima tahun,” kata beliau pada sidang media di sini semalam.

Guan Eng berkata, ketika kejadian itu beliau sedang bermesyuarat bersama ahli Exco di Komtar dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai tindakan ahli-ahli Perkasa.

Menurutnya, jika ingin meluahkan rasa tidak puas hati, mereka boleh berhimpun di Komtar dan menyerahkan memorandum kepada beliau, namun bukan dengan cara mengganggu ketenteraman di kawasan rumahnya.

“Kalau nak buat apa-apa demonstrasi mereka boleh buat di Komtar sebab mereka dah biasa buat di sini tapi jangan libatkan keluarga saya jika tidak berpuas hati dengan saya,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung.

Guan Eng juga kesal dengan perbuatan kumpulan berkenaan yang mengotorkan bandar raya dengan sengaja membuang ribuan poster berunsurkan provokasi.

Beliau berkata, perbuatan itu dilihat seolah-olah mahu menggagalkan usaha Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar yang bersih dan hijau.

“Perbuatan mereka ini telah menyusahkan petugas Majlis Perbandaran Pulau Pinang,” katanya.

Semalam, kira-kira 30 ahli Perkasa yang diketuai Ketua Wira Perkasa negeri, Mohd Rizuad Mohd Aizudin berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri di Jalan Pinhorn dan di hadapan pintu masuk Komtar bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Guan Eng.

Mereka turut melemparkan kira-kira 4,000 poster di sekitar negeri ini yang tertulis ‘Lim Guan Eng Anti Melayu’ sepanjang perhimpunan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, ketika ditanya mengapa enggan bertemu dengan kumpulan itu walaupun beberapa kali permohonan dibuat, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang enggan bertemu dengan kumpulan samseng.

“Bila kita berjumpa dengan mereka… mereka bukan menggunakan bahasa yang sopan tetapi bahasa yang kesat, bukan bahasa beradap tetapi bahasa yang lucah dan tidak senonoh.

“Sebab itu Kerajaan Negeri enggan melayan orang yang macam ini. Biar rakyat yang lihat gelagat mereka,” katanya.

Peguam Malaysia Bacul
Buat kesekian kalinya, Majlis Peguam menyerlahkan siapa sebenarnya mereka, iaitu salah satu dari beberapa badan atau pertubuhan yang merupakan rangkaian dari parti pembangkang.

Badan atau pertubuhan rangkaian dari parti pembangkang boleh dilihat dalam berbagai bentuk, antaranya BERSIH, Kumpulan Hijau dan bermacam-macam lagi yang memakai nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).    Tidak musthail, jika diteliti, ahli-ahli kesemua kumpulan ini hampir semuanya adalah orang yang sama dan juga mempunyai modus operandi yang sama iaitu cuba membuat huru-hara melalui demonstrasi atau provokasi.

Inilah yang terjadi dalam BERSIH 3.0 di mana BERSIH membuat demonstrasi sementara Majlis Peguam membuat provokasi.

Sebagai peguam, ahli-ahli mereka pastinya cukup bijak memutarbelit dan memanipulasi fakta.    Dan inilah yang mereka lakukan selama ini demi untuk mencapai matlamat ‘merombak’ Malaysia mengikut acuan yang mereka inginkan.   ‘Bentuk’ Malaysia yang mereka inginkan boleh dilihat dalam isu-isu yang diperjuangkan mereka.  Antaranya, hak LGBT dan juga hak untuk murtad, yang mana dianggap mereka sebagai hak asasi dan keadilan bagi manusia sejagat.

Bagaimanapun, bagi mencapai matlamat ini di Malaysia, agama Islam, Melayu dan Raja-raja menjadi penghalang utama dan kerana itu perlu dihapuskan, sama ada melalui pilihanraya yang mana peluang mereka adalah agak tipis, atau melalui jalanraya, atau apa saja.

Maka tidak hairanlah Majlis Peguam menjadi rangkaian pembangkang kerana pembangkang, iaitu DAP dan PKR juga berpegang kepada matlamat yang sama.    PAS walaubagaimanapun, tidak faham dan tidak tahu apa-apa dan hanya menurut saja asalkan ada peluang untuk ke Putrajaya.

Apabila BERSIH 3.0 gagal, dan menjadi senjata makan tuan kepada pembangkang, maka Majlis Peguam pantas membela sekutu mereka bagi memastikan matlamat untuk memburukkan Malaysia tercapai.    Dengan itu, mereka telah bertindak menutup mata dan telinga tentang hakikat bahawa BERSIH 3.0 telah melanggar undang-undang sejak dari mula lagi apabila tidak menunaikan janji untuk ‘Duduk dan Bantah’ dengan aman.

.. Selanjutnya baca disini ..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One

Marina Terjerat Mainan Pembangkang
Ada juga sebenarnya beberapa kerat penyokong & peserta BERSIH 3.0 yang non-partisan masih memegang erat kepercayaan bahawa BERSIH hanyalah sebuah NGO yang berniat baik sebagaimana digambarkan melalui 8 tuntutannya yang kelihatan tulus dan murni.

Bab kata orang, mudah terpesona melihat kulit buku dan tajuknya hingga terlupa peri penting isinya perlu dihalusi dahulu sebelum mengotakan niat untuk membeli buku tersebut.

Marina Mahathir adalah antara peserta BERSIH 3.0 yang tergolong dalam kumpulan tersebut, terpengaruh dengan tuntutan yang dilihat bagus dan menarik kemudiannya terjebak untuk mempertahankan segala tindak tanduk BERSIH atas nama kebebasan bersuara, keadilan dan hak asasi manusia.

Menulis dalam blognya pada 08 Mei, Marina meluahkan pendapatnya mempertahankan BERSIH 3.0 sebagai agenda rakyat yang langsung tiada kaitan dengan kebangkitan di negara Arab khususnya yang berlaku di Mesir, Yemen, Libya dan Syria.

Katanya lagi, tiada alasan untuk dibimbangi tentang kemungkinan BERSIH 3.0 bertukar menjadi kacau bilau seperti yang terjadi di negara-negara Arab tersebut.

Itu kata Marina yang kita ketahui kerap bergiat aktif bersama pelbagai NGO, berfikiran sedikit liberal & terbuka tapi naif soal sepak teranjang dunia politik sekalipun ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah tokoh politik terkenal tanahair.

Sebenarnya ternampak jelas, Marina samaada lurus bendul atau sebenarnya sudah terjerat dalam mainan politik pembangkang hingga terpaksa mencari dalil dan hujah untuk menghalalkan penglibatan dalam kerusuhan yang tercetus gara-gara BERSIH 3.0

Hakikatnya apa yang berlaku 28 April lalu hanyalah lanjutan kepada cubaan pembangkang yang mahu meng’tahrir’kan Dataran Merdeka sebagaimana diterjemahkan melalui perarakan anti-PTPTN yang diadakan pada 14 April 2012 yang kemudian meleret menjadi perkhemahan siang malam di sana selama beberapa hari.

BERSIH 3.0 temanya ‘Duduk dan Bantah’ manakala penegasan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga sehari sebelum perhimpunan berlangsung ialah mereka hanya akan duduk dan bantah di kawasan yang sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka tanpa melanggar atau mengalih pengadang jalan yang didirikan oleh pihak polis dan DBKL.

Jika BERSIH 3.0 berniat tulus ikhlas untuk mengadakan perhimpunan aman tentu saja sebaik arahan oleh Ambiga yang mahu peserta bersurai maka semuanya berakhir begitu saja tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun apa yang berlaku ialah perhimpunan diteruskan dan berlakunya serbuan peserta ke arah Dataran Merdeka selepas Anwar dan Azmin berbalas isyarat yang kemudiannya diikuti dengan tindakbalas pihak berkuasa untuk menyuraikan serbuan tersebut.

Malah ucapan Azmin Ali kira-kira sejam sebelum keributan berlaku jelas membayangkan hasrat pembangkang yang mahu mengepung dan menawan Dataran Merdeka – satu bukti nyata mereka mahu menjadikan Dataran Merdeka sama seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.

Begitu juga ucapan Anwar Ibrahim sebelum masuknya waktu solat Zohor yang mahu peserta BERSIH 3.0 menuju masuk ke Dataran Merdeka – bukankah itu terbukti membelakangi arahan mahkamah yang memerintahkan supaya tiada perhimpunan di adakan di kawasan tersebut.

Arahan mahkamah akhirnya dicabuli, undang-undang dilanggar dan harta benda awam dijahanamkan dan anggota polis dicederakan – realitinya perhimpunan aman yang kononnya memperjuangkan ketelusan dan keadilan sebagaimana digambarkan selama ini oleh BERSIH dan pembangkang, sebetulnya hanyalah tong kosong yang dipukul bertalu-talu bunyi kuat tapi isinya zero tiada manfaat.

Tun Hanif Omar pengerusi panel penasihat bebas enam anggota
PUTRAJAYA, 9 Mei — Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Mereka terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar (gambar) selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata panel penasihat ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.

Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat member ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu,” katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat bangunan Kementerian Dalam Negeri di sini.

Menurutnya pada masa yang sama, polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu, dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Hishammuddin berkata panel itu akan diberikan kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka.

Katanya beliau ada mendengar syor sesetengah pihak untuk mendapatkan bantuan kepakaran pihak luar, contohnya jabatan polis New York atau polis United Kingdom bagi membantu siasatan, namun menurutnya akhirnya ia terpulang kepada keputusan panel berkenaan.

“Harapan kita adalah untuk orang ramai ketahui apa yang sebenarnya berlaku, hari ini ada bermacam-macam saluran, banyak tuduhan dan ada kecenderungan pihak tertentu hanya melihat kepada satu aspek sahaja terhadap apa yang berlaku pada hari itu, jadi cerita menyeluruh mesti dikemukakan panel ini.

“Kalau ia dikemukakan pihak Kementerian Dalam Negeri atau polis, mungkin ada pihak yang dah begitu prejudis, hingga apa yang kita cakap pun mereka tidak akan percaya, jadi panel ini ditubuhkan bagi tujuan itu,” katanya.

Hishammuddin berkata penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.

Katanya beliau percaya anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak.

Beliau berkata pada pandangannya penemuan panel itu juga dapat membantu kerajaan untuk melihat ke hadapan, khususnya dengan penampilan rang undang-undang berhubung perhimpunan aman, hasil transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Insiden seperti ini boleh membantu kami merangka masa depan, saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, ini peluang untuk meneliti dan melihat ke hadapan bagi memastikan bagaimana undang-undang sedia ada dapat diimbangi antara keperluan kebebasan dan hak asasi, dengan keselamatan negara,” katanya.

Pertikai Fatwa: PAS Hina Ulama
Apabila Ulama memfatwakan agar jangan berpolitik di dalam Masjid, PAS menentangnya dengan mengambil beberapa ayat Al-Quran yang menyatakan tiada salahnya berpolitik di dalam masjid.  Apa yang PAS enggan bincangkan dengan terperinci ialah politik yang dibawa oleh PAS di masjid bukanlah politik sihat tetapi politik yang membawa kepada pecah belah, benci-membenci dan kata-mengata yang mana amat dimurkai oleh Allah S.W.T.

Apabila Mufti Perak memfatwakan bahawa tarian poco-poco adalah haram kerana mempunyai elemen Kristian, PAS menempelak konon perkara itu perkara kecil dan tidak wajar diperbesar-besarkan.

Bagi PAS, taraf ulama dan agama Islam itu sendiri hanyalah milik mereka dan sesiapa sahaja yang bertentangan pendapat dengan mereka, tidak kira bertaraf Ulama atau tidak, adalah jahil dan tidak Islam belaka.   Oleh itu, tugas memfatwakan sesuatu hanya boleh dilakukan oleh mereka dan mereka boleh menolak dan menerima mana-mana fatwa orang lain mengikut hati dan mengikut suasana politik semasa.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama PAS bagaimanapun, jauh lebih menyimpang dari ajaran Islam.  Antaranya, ialah ‘Undi PAS Masuk Syurga’, ‘Undi UMNO jadi kafir’ dan bermacam-macam lagi.  Namun, semua penyokong-penyokong PAS memegang fatwa-fatwa sesat ini tanpa banyak soal.

Dan hari ini, apabila Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan bahawa demonstrasi jalanan yang berniat tidak baik dan melanggar undang-undang adalah haram maka PAS sekali lagi bangun memperlekehkan semua Ulama yang terlibat memutuskan fatwa tersebut.

Semata-mata kerana ingin sangat membela tindakan ganas peserta BERSIH 3.0, Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang video seksnya bakal disebarkan, mengikut sumber-sumber tertentu, menuduh bahawa  ke semua 24 ahli jawatankuasa termasuk 14 mufti dalam Majlis Fatwa sebagai tidak faham apa-apa mengenai BERSIH.  Kata-kata Mustafa Ali itu dilihat sebagai menghina para ulama ini seolah-olah mereka hanya budak-budak hingusan yang tidak tahu apa-apa mengenai isu dunia, isu politik semasa mahupun agama.

Sebenarnya, semua orang faham apa itu BERSIH 3.0, yang tidak faham hanyalah para peserta demonstrasi itu sendiri.  Jika mereka faham, mereka tidak akan sanggup turun berdemonstrasi.

Mustafa Ali tidak mungkin boleh menafikan bahawa BERSIH mempunyai niat tidak baik dan melanggar undang-undang.  Ini kerana amat jelas sekali dalam laungan “Tumbangkan Kerajaan!” “Jatuh BN!” dan “Mampus PM!” oleh peserta demonstrasi, bahawa mereka sememangnya mempunyai niat tidak baik iaitu ingin menggulingkan kerajaan yang sah.

Mereka juga jelas melanggar undang-undang dan menipu sejak dari mula lagi iaitu dengan menolak tawaran untuk berdemonstrasi di dalam stadium tetapi sebaliknya berarak serta merusuh di sekitar Kuala Lumpur sedangkan janji mereka pada mulanya hanyalah untuk “Duduk Bantah”.

Dan apabila mereka mengganas dan memukul pihak berkuasa, itulah kemuncak ‘haramnya’ BERSIH 3.0 di sisi Islam.

Justeru, kita ingin bertanya, apa yang Mustafa Ali tidak faham mengenai Islam sebagai agama yang aman?  Apa yang PAS tidak faham mengenai dosa melakukan kerosakan di muka bumi?  Dan apa yang Mustafa Ali dan PAS tidak faham mengenai haram menentang pemerintah?

PAS sering merujuk kepada pemerintah, iaitu kerajaan, sebagai zalim, namun memetik soalan seorang Pak Cik kepada seorang peserta BERSIH yang lari dari ditangkap polis dan bersembunyi di dalam LRT pada 28 April lalu, “jika kerajaan begitu zalim, berapa ramaikah rakyat yang telah dibunuh oleh kerajaan tanpa sebab?”   Untuk pengetahuan semua, peserta BERSIH tersebut tidak mampu menjawab dan turun tersipu-sipu apabila semua penumpang dalam LRT berkenaan memberi sokongan kepada Pak Cik itu.

Oleh itu, bahawa adalah berdosa bagi umat Islam menafikan nikmat di depan mata.  Adalah berdosa memfitnah kehidupan sendiri yang aman damai dan senang lenang, sebagai susah, derita, tertindas dan teraniaya.

PAS sudah terlalu amat keterlaluan dalam mempermainkan fatwa dan agama Islam.   Kita yakin, Mustafa Ali sendiri cukup maklum betapa jauh terpesongnya PAS hari ini.  Tetapi seperti juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain, beliau tetap tegar mempertahankan PAS mungkin kerana inginkan jaminan syurga seperti yang difatwakan oleh Nik Aziz.  Fatwa Undi PAS Masuk Syurga pasti amat tinggi nilainya bagi Mustafa Ali terutamanya jika skandal video seksnya benar-benar wujud dan bakal disebarkan tidak lama lagi.

Pinda perlembagaan: Perkasa Terengganu buat laporan polis
KUALA TERENGGANU 6 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu hari ini membuat laporan polis agar siasatan segera dilakukan berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Laporan itu dibuat kira-kira pukul 2.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini yang diketuai Yang Dipertua Perkasa Terengganu, Ismail Saamah.

Kumpulan kira-kira 20 ahli pertubuhan itu turut berhimpun secara aman di luar pekarangan IPD itu sambil membawa beberapa sepanduk antaranya berbunyi ‘Mengapa Pas Sokong DAP Musuh Islam’ dan ‘Perjuangan Pas Terpesong Sebab Diperkudakan DAP’.

Perkasa Sabah Dapat YDP Baru.
Presiden Perkasa dengan persetujuan Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Perkasa pada Mesyuarat 23hb. April 2012  telah melantik Dato’ Seri Utama Mohamad Jeffry Rosnan sebagai Yang Dipetua Perkasa Sabah yang baru menggantikan Sdr. Musli Oli.

Perlantikan Mohamad Jeffry berkuatkuasa pada 24hb. April 2012. Dengan perlatikan YDP Perkasa Sabah yang baru, barisan kepimpinan Perkasa Sabah akan ditentukan oleh YDP yang baru.

Mengikut Perlembagaan Perkasa, YDP Perkasa Negeri diberi kuasa melantik barisan kepimpinannya yang dipanggil Ahli Majlis Perkasa Sabah. Beliau berhak dan boleh sama ada untuk mengekalkan barisan pimpinan lama atau tidak.

YDP Perkasa Negeri juga diberi kuasa untuk melantik Pengerusi Perkasa Daerah-daerah yang baru atau mengekalkan Pengerusi Daerah yg sedia ada.

Perkasa Pusat menyerahkan semua keputusan perlantikan barisan pimpinan negeri dan Pengerusi-pengerusi Daerah kepada YDP di negerinya.

Aktiviti pertama yang diadakan oleh Perkasa Sabah dibawah YDP yang baru ini ialah Perhimpunan Pribumi Perkasa Sabah Sempena Pelancaran Perkasa Daerah-daerah Timur Sabah pada hari Ahad 13hb. Mei 2012 ini di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah bermula jam 9.00 pagi.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke perhimpunan tersebut.  Presiden dan Pimpinan Perkasa Pusat mengucapkan ribuan terimakasih kepada mantan YDP Perkasa Sabah Sdr. Musli Oli yang merupakan YDP kedua Perkasa Sabah yang telah memegang jawatan ini sejak selepas Y.Bhg. Dato’ Yahya Lampong yang memegang jawatan ini ketika Perkasa ditubuhkan.

Kesibukan Sdr. Musli Oli  dalam urusan pribadinya membuatkan Perkasa Pusat terpaksa membuatkan keputusan mencari pemimpin lain yang boleh memumpu menggerakkan perjuangan Perkasa di negeri di lembah bayu ini.

Majoriti penduduk bertaraf Bumiputera yang mana perjuangan Perkasa adalah memperjuangkan kepentingan Bumiputera terutamanya berkaitan dgn ekonomi kaum ini. Maka Perkasa perlu memainkan peranan memantau, menyuara, mendesak dan memastikan Bumiputera di Sabah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi negeri ini.

Perkasa bukan parti politik. Perkasa tidak berpihak kepada mana-mana pihak parti politik. Perkasa hanya memantau kerajaan yang memerintah supaya agenda atau dasar-dasarnya tidak merugikan bumiputera.

Perkasa akan pastikan parti-parti yg bertanding dalan PRU13 akan menang besar sekirannya menjamin dan memperkasakan hak Bumiputera.

Perkasa akan terus  kecam mana-mana pihak yang mempersoalkan hak kepentingan Bumiputera dan menolak parti parti yang cuba menghapuskan hak-hak keistimewaan kaum Bumiputera.

Perkasa Sabah akan menjadi contoh kepada negeri lain dalam memperkasakan dan penyatuaan kaum bumiutera yang pelbagai etnik.

Perkasa Pusat juga megambil kesempatan megucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDP baru Perkasa Sabah kerana belum sampai sebulan menerajui Perkasa Sabah, beliau sudah berjaya  menarik hampir 5 ribu orang menjadi ahli Perkasa.

Ini merupakan satu rekod YDP yang mempunyai ahli seramai itu dalam masa sangat singkat.

BERSIH 3.0
salam sejahtera..

Berhubung dengan insiden BERSIH 3.0…saya ingin bertanya kepada mereka yang telah menyalahkan pihak berkuasa…menurut sesetengah pihak, polis menjadi punca kepada rusuhan tersebut kerana pihak berkuasa ini telah menghalang kumpulan terbabit daripada terus memasuki Dataran Merdeka…jika kita mengambil kira fakta yang sebenarnya, kawalan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa tersebut adalah sejajar dengan perintah atau arahan mahkamah yang telah dikeluarkan sebelum 28 April 2012…ini bermakna perintah mahkamah telah menyebabkan pihak berkuasa melakukan sekatan terbabit sebelum arahan mahkamah itu dicabuli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab…adakah menjadi satu kesalahan apabila terdapat sekatan atau benteng yang dibuat oleh pihak polis dan pihak DBKL sedangkan perintah dikeluarkan oleh pihak mahkamah…mereka hanya menjalankan tugas…tidak wajar dan tidak adil bagi pihak berkuasa apabila pasukan keselamatan ini dituduh sebagai punca rusuhan berlaku…

Berhubung dengan insiden kemalangan yang membabitkan kenderaan PDRM…asal dan punca kejadian tersebut ada dirakam dan kini tersebar luas didalam internet…apakah mereka tidak melihat bagaimana asalnya kejadian tersebut berlaku…pemandu kereta tersebut seolah-olah direjam kerana melakukan jenayah sedangkan beliau hanya menjalankan tugas…tidak cukup direjam dengan pelbagai objek malah kereta terbabit turut diinjak-injak…perbuatan ini tidak ubah seperti seekor monyet dan kera…tindakan mereka yang merejam dan melontarkan pelbagai objek keras kearah kereta polis tersebut tidak mustahil telah mendatangkan kecederaan kepada pemandu malang itu sehingga menyebabkan mangsa hilang kawalan…kalau mengikut logik akal, tak akan ada orang yang akan merempuh manusia-manusia ini kerana jumlah mereka yang ramai ditempat kejadian kerana khuatir akan mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri… situasi ini sama dengan apa yang dialami oleh pemandu berkenaan…

Kalau mahukan keadilan dalam pilihan raya tidak menjadi masalah…tetapi janganlah cuba untuk ‘mengotorkan’ suasana aman dan makmur di Malaysia ini dengan menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang terjadi 28 April 2012 lalu…kejadian seumpama itu merencatkan pertumbuhan ekonomi negara terutama golongan Bumiputera…yang merosakkan juga terdiri daripada golongan umiputera… majoriti kehadiran pada masa itu ialah MELAYU…polis melaksanakan tugas yang diterima dan menahan mana-mana individu yang cuba untuk melakukan keganasan dan kerosakan…kalau dah depan mereka rempuhan dilanggar dan sekatan dirosakkan, adakah kita sebagai manusia normal akan mendiamkan diri…mereka bukan tunggul untuk terus berdiam diri pada ketika itu…silap-silap mereka dipijak-pijak dalam rempuhan itu dan boleh menyebabkan kematian…water canon dan gas pemedih mata merupakan langkah bijak kerana saya yakin kalau mengikut tahap kesabaran seseorang manusia pada ketika itu pasti tembakan telah dilepaskan kerana ancaman yang diterima oleh pihak keselamatan…siapa yang mahu menjadi mangsa kepada manusia-manusia ini…

Jadi kepada rakyat yang masih mahu menuduh kezaliman pihak berkuasa, saya rasa anda perlu meneliti kesemua rakaman yang disebarkan didalam internet kerana adalah tidak wajar sekiranya anda hanya menyaksikan video yang mengatakan kezaliman polis…bagaimana pula dengan kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan peserta…adakah anda mahu menutup mata dan hanya menafikan bahawa peserta tidak menyebabkan rusuhan itu berlaku…nilailah sesuatu keadaan dan situasi itu dengan menggunakan akal dan tidak menggunakan emosi semata-mata…emosi yang tidak terkawal adalah penyebab rusuhan dan kekecohan pada 28 April 2012 berlaku…

From:

rakyat kecewa

baldiman@ymail.com