Halaman Utama » Semasa Anda sedang melayari “Semasa”

Umno tidak sokong Ibrahim Ali di PRU-13,

Umno tidak sokong Ibrahim Ali di PRU-13,

8 Sept — Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan partinya tidak akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.
Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.
Malah beliau juga menolak tanggapan [...]

September 8 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Perkasa puji Najib, hentam Khairy

Perkasa puji Najib, hentam Khairy

8 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata beliau gembira kerana Datuk Seri Najib Razak “akhirnya mempertahankan” Perlembagaan dan kontrak sosial, sebaliknya beliau terus menyerang Khairy Jamaluddin dengan menyifatkannya sebagai tidak berpegang pada realiti.
“Saya gembira akhirnya Perdana Menteri bersuara dan mengingatkan semua pihak jangan persoal Perlembagaan dan kontrak sosial,” kata Ibrahim dalam kenyataan yang [...]

September 8 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Parti bukan Islam ‘ghairah’ ke masjid, surau dipersoal

Parti bukan Islam ‘ghairah’ ke masjid, surau dipersoal

SHAH ALAM 6 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri ini mempersoalkan agenda parti bukan Melayu khususnya dari kalangan bukan Islam yang terlalu ‘ghairah’ mengadakan aktiviti dan program rakyat di kawasan masjid dan surau di negeri ini.
Yang Dipertuanya, Abdullah Mansor berkata, meskipun program itu sesuatu yang positif tetapi keghairahan berkenaan sebenarnya boleh mencetuskan pelbagai [...]

September 7 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Kay Kim: Hak istimewa Melayu tak boleh dipadam kecuali Melayu setuju

Kay Kim: Hak istimewa Melayu tak boleh dipadam kecuali Melayu setuju

6 Sept — Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu [...]

September 6 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Teguran nasib Melayu amat serius

Teguran nasib Melayu amat serius

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Teguran serta peringatan oleh Sultan Perak dan Sultan Selangor berhubung nasib orang Melayu perlu dipandang serius.
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, semua pihak tidak kira sama ada rakyat, tokoh korporat mahupun ahli politik perlu mengambil peringatan daripada teguran tersebut kerana ia cukup kritikal dalam menentukan nasib masa [...]

September 5 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Tali barut asing mungkin taja demonstrasi – Perkasa

Tali barut asing mungkin taja demonstrasi – Perkasa

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan tali barut asing dalam menaja demonstrasi liar oleh beberapa kumpulan pelampau Indonesia di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Ketua Penerangannya, Roslan Kassim berkata, demonstrasi itu tidak mungkin berlaku tanpa perancangan teliti oleh pihak tertentu yang ingin melihat kedua-dua negara [...]

September 5 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Kelangsungan Melayu – pada pilihan raya akan datang

Kelangsungan Melayu – pada pilihan raya akan datang

Sep 4, Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pilihan raya umum akan datang amat penting bagi orang Melayu kerana ia akan menentukan kelangsungan mereka.
Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, ini kerana perkembangan semasa menunjukkan hak orang Melayu sentiasa dicabar sekalipun telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Katanya, pilihan raya itu akan [...]

September 4 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Bakar bendera: Pemuda Umno, NGO serah bantahan

Bakar bendera: Pemuda Umno, NGO serah bantahan

Sep 3,Pemuda Umno serta empat NGO, termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyerahkan nota bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia, berhubung insiden membakar dan mengotorkan Jalur Gemilang oleh sekumpulan rakyat republik itu.
Nota tersebut diserahkan kepada wakil kedutaan tersebut, Widyarka Ryananta selepas mengadakan pertemuan selama setengah jam.
Wakil Pemuda Umno, PERKASA, Belia 4B dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) [...]

September 3 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Perkasa kuasa ketiga isu Melayu atau hanya mencari publisiti?

Perkasa kuasa ketiga isu Melayu atau hanya mencari publisiti?

3 Sept — Melihat kepada kelantangan Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini termasuk menggesa Datuk Seri Najib Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia, penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan pemimpin dan Perkasa sebagai tidak berwawasan, malah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian.
“Saya sebenarnya musykil kenapa beliau berbuat begitu?” kata pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa [...]

September 3 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Anwar perlu cermin diri – Zulkifli Noordin

Anwar perlu cermin diri – Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk mencermin dirinya sendiri apabila membuat penegasan agar Perlembagaan serta hak dan kepentingan Melayu-Islam yang termaktub dalam perkara 152 dan 153 dipertahankan.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, dalam masa sama, Anwar perlu menilai semula setiap perkara yang dilakukannya selama ini sama ada [...]

September 1 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Ibrahim Ali cabar Anwar

Ibrahim Ali cabar Anwar

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar supaya menyatakan dengan tegas bahawa beliau sendiri akan mempertaruh jiwa dan raga demi mempertahankan Perkara 152 dan 153, jika benar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seorang pejuang Melayu dan Islam tulen.
Sambil meminta supaya Anwar menghentikan lakonan operanya, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), [...]

September 1 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Lawan Perkasa Anwar bukan Nurul Izzah, kata Ibrahim Ali

Lawan Perkasa Anwar bukan Nurul Izzah, kata Ibrahim Ali

31 Ogos — Perkasa hari ini mengetepikan cabaran Nurul Izzah Anwar agar diadakan debat umum mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dengan menegaskan, aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.
Awal hari ini, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai menulis dalam The Malaysian Insider bahawa idea “hak orang Melayu” dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan [...]

August 31 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Ibrahim perlu baca semula konsep 1 Malaysia

Ibrahim perlu baca semula konsep 1 Malaysia

31 Ogos — Sambil menegaskan tidak mahu bertikam lidah, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menasihati Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali agar membaca semula buku panduan konsep 1 Malaysia sebelum mempersoalkan gagasan yang dibawa pentadbiran Najib itu.
Ahmad berkata, Ibrahim sepatutnya meneliti dan memahami terlebih dahulu konsep 1 Malaysia sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Beliau (Ibrahim) kawan saya, [...]

August 31 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Perkasa cadang Namewee dibuang negeri

Perkasa cadang Namewee dibuang negeri

29 Ogos – Kerajaan digesa mengambil tindakan undang-undang termasuk ‘buang negeri’ ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai ‘Namewee’ ekoran perbuatannya menerbitkan klip video berbaur perkauman.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi membuktikan kerajaan sememangnya menangani isu-isu perkauman secara serius.
Beliau berkata, apa yang dilakukan Namewee merupakan [...]

August 30 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Nik Aziz kurang takwa – Ibrahim Ali

Nik Aziz kurang takwa – Ibrahim Ali

29 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang beriman tetapi kurang bertakwa apabila bertindak mempertahankan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya Nik Abdul [...]

August 30 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »