Umno jangan perkecil Perkasa, Setiausaha agung
9 Sept — Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menasihatkan Umno jangan sama sekali memperkecilkan pertubuhan bukan kerajaan orang Melayu itu dengan menegaskan, pihaknya bukan punca terhakisnya sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, beliau juga memberitahu Perkasa tidak pernah meminta agar Umno atau BN memberi laluan atau sokongan kepada Datuk Ibrahim Ali untuk mengekalkan kerusi Parlimen Pasir Mas atas kapasiti sebagai wakil rakyat Bebas.

“Tolonglah hati-hati bila buka mulut. Banyak sangat lalat keluar dari mulut mereka ini bila dibuka. Jangan perkecilkan Perkasa. Kami tak rugi apa-apa,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan awal pagi ini.

Pada Mac lalu Perkasa pernah memberi kata dua agar tidak ada mana-mana pihak memusuhi pertubuhan itu jika mahukan sokongan ketika pilihan raya umum akan datang.

Syed Hassan berkata, beliau juga hairan kerana Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berani buat kenyataan bahawa Umno dan BN tidak akan memberi sokongan kepada Ibrahim selaku calon Bebas, sebaliknya akan meletakkan calon di Pasir Mas seperti biasa.

“Sebelum itu saya nak tanya kepada Ku Nan (Tengku Adnan), bila masa Perkasa minta kerusi Parlimen Pasir Mas diberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali dengan tiada calon BN diletakan bersaing sama?” kata beliau.

Menurut Syed Hassan lagi, kenyataan Tengku Adnan dengan mendakwa sesetengah tindakan Perkasa tidak menggembirakan Umno kerana pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan rakyat kepada Umno adalah sangat angkuh.

“Saya ingatkan Ku Nan bahawa sesetengah tindakan Umno dan BN sendiri sekarang semakin menjauhkan pengundi kepada mereka.

“Mereka sendiri yang membuatkan mereka hilang sokongan. Perkasa hanya menegur supaya mereka (Umno dan BN) sedar akan tindakan-tindakan mereka ada yang tak betul.

“Tapi kalau nak anggap ia (teguran Perkasa) sebagai semakin menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno dan BN terpulanglah,” katanya lagi.

Syed Hassan berkata kenyataan seperti Tengku Adnan yang antara lain menyebabkan Umno hilang sokongan.

“Ini terbukti pemimpin Umno masih lagi bersikap angkuh yang mana ia menjadi salah satu sebab Umno ditolak oleh rakyat ketika pilihan raya umum ke-12.

“Ramai yang kata punca banyak rakyat tolak BN di pilihan raya umum ke-12 adalah angkara Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), tapi sebenarnya pemimpin-pemimpin di sekeliling Pak Lah juga penyumbang besar mengapa rakyat tolak BN di pilihan raya umum ke-12 yang lalu,” katanya.

Beliau menambah, banyak kenyataan pemimpin-pemimpin Umno dan BN lain sekarang semakin membuatkan rakyat menjauhkan diri daripada mereka.

Perjuangan PERKASA Bagaikan Ombak Tak Bertepi
1. Tidak ada apa salahnya PERKASA kerana apa yang diperjuangkan adalah mempertahankan perkara 153 yang telah tertulis di dalam perlembagaan. Sesiapa sahaja yang membuat tuntutan melebihi perkara 153 itu atau mencabarnya baik bukan Melayu atau Melayu sendiri akan ditentang. Kalau nak ubah sangat perkara 153 itu dapatkan lah majoriti 2/3 di Parlimen dan mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agung serta persetujuan orang Melayu maka terpindalah perkara 153 itu. Pada hal perkara 153 itu dilindungi oleh ISA tetapi undang2 negara sekarang sudah jadi cacar marba. Kita beriya-iya mempertahankan ISA tetapi bila sudah sampai masa untuk digunakan maka tidak digunakan. Jikalau begitu hapuskan saja ISA supaya tidak menyakitkan hati rakyat yang menyokongnya.

2. Disebabkan undang-undang sedia ada tidak digunakan tepat pada waktunya maka perkara 153 sudah boleh dibahas di mana-mana oleh sesiapa saja sedangkan kebanyakkannya tidak ambil tahu tentang sejarah kewujudannya di dalam perlembagaan. Maka dimana letaknya kedaulatan undang-undang dan kemuliaan perlembagaan itu?

3. Belum pernah berlaku perkara-perkara sensitif dibahaskan secara terbuka dinegara ini tanpa sekatan dan tidak ramai yang tahu bahawa membincangkan perkara 153 secara sewenang-wenangnya dan semborono adalah satu kesalahan menghasut. Jadi salah siapa jika keadaan yang tidak tenteram ini berlaku?

4. Kerajaan sebagai pemegang kuasa wajar menyekat perkara ini dengan segera walaupun agak terlewat ,bukannya membiarkan sehingga menjadi nanah dan barah.Rakyat semakin hari semakin gelisah.

5. Jangan salahkan PERKASA kerana PERKASA mempertahankan perkara 153 itu disebabkan tidak ada pihak yang cuba mempertahankannya kerana masing-masing berebut undi. Jika kerajaan dapat mencegah lebih awal tentu PERKASA tidak selantang sekarang. Keadaan tentu akan menjadi lebih tenteram.

6. SU UMNO jangan salahkan PERKASA kerana PERKASA telah ambil alih kerja UMNO yang sepatutnya SU UMNO yang uruskan. Bukan asyik menjaga hati kawan-kawan Cina dan Indianya tetapi sepatutnya beliau menjaga keluhuran perlembagaan itu lebih utama.﻿

7. Kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan di dalam rukun negara sudah dicampakkan ke dalam tong sampah oleh kebanyakan rakyat. Jika Rukun Negara itu dicipta untuk perpaduan maka sekarang menunjukkan perpaduan rakyat berada ditahap kritikan apabila undang-undang dan perlembagaan sudah dipermain-mainkan dan dipersenda-sendakan.

8. Waktu yang terdekat, PERKASA sewajarnya jangan gentar kerana tidak ada apa-apa kesalahan undang-undang yang dilanggar malah PERKASA mengangkat undang-undang itu di tempat sewajarnya kerana bukankah perlembagaan negara itu adalah undang-undang tertinggi negara.

9. KJ dan Tengku Adnan boleh tutup mulut kerana semakin banyak anda mengeluarkan kenyataan semakin meluat orang Melayu mendengarnya.

Amir Hamzah

Batu Pahat

NASIB MELAYU PULAU PINANG: ORANG MELAYU KENA BANGUN BERSATU DAN BERTINDAK SEGERA BAGI MENYELAMATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
Telah banyak di perkatakan tentang nasib orang Melayu di Pulau Pinang. Tetapi sehingga sekarang tidak ada jalan penyelesaian. Secara tersusun dan strategik (“in a subtle way”) satu demi satu tanah penduduk kampung orang-orang Melayu di ambil untuk di drikan kondominium yang orang Melayu Pulau Pinang secara amnya tak mampu untuk membelinya.

Yang menyedihkan tidak ada satu pun parti, NGO atau organisasi orang Melayu yang betul-betul lantang dan aktif dalam menjuarai (“championing” ) isu ini dan nasib orang Melayu Pulau Pinang secara “total’. Sebaliknya berlaku pada kaum Cina. Mereka akan bersatu tidak kira parti apa yang mereka dokong (DAP, MCA, Gerakan, PKR) jika periuk nasi mereka di ganggu. Banyak contoh seperti isu biasiswa dan baru-baru ini seorang pengetua Melayu dituduh rasis.

Saya bukan anak jati Pulau Pinang tetapi berkahwin dengan orang Pulau Pinang. Setiap kali saya balik waktu cuti musim persekolahan, apa yang saya perhatikan dan amati, orang Melayu di Pulau Pinang tidak mempunyai pemimpin yang boleh mereka harapkan untuk menjaga kepentingan mereka. Orang-orang Melayu Pulau Pinang secara kesuluruhannya tidak mempunyai agenda sosio ekonomi dan kekuatan dalam bidang-bidang seperti pendidikan dan pertanian. Tidak seperti rakan-rakan sebangsa mereka di lain-lain negeri.

Di sini saya mencadangkan agar NGO-NGO Melayu seperti PERKASA bersatu membantu jika ingin melihat kesinambungan dan “survival” bangsa Melayu di Pulau Pinang. Apa yang orang Melayu Pulau Pinang perlukan ialah pemimpin yang jujur dan ikhlas yang dapat membuat tindakan segera (“immediate action”) dan bukannya tindakan yang bersifat “rhetoric’’ seperti menghantar memo bantahan dan membuat lapuran polis. Cubalah orang Melayu belajar daripada tindakan DAP apabila mereka mengambil alih pemerintahan Pulau Pinang. Walaupun seberapa banyak bantahan dan laporan polis dibuat, mereka akan teruskan juga agenda mereka sebab mereka tahu orang Melayu tidak mempunyai kekuatan mental dan material untuk menghalang tindakan mereka. Yang paling sedih, orang Melayu berpecah belah, suka bertelagah dan sanggup membuka aib sebangsa dan seugama di hadapan kaum lain.

Sekali lagi saya merayu kepada NGO-NGO Melayu seperti PERKASA “bangunlah dan bersatulah” bagi membantu saudara-saudara kita di Pulau Pinang.

Oleh: Zulkafli Latif

Umat Islam sambut Aidilfitri Jumaat
8 Sept — Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,” katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. — Bernama

Umno tidak sokong Ibrahim Ali di PRU-13,
8 Sept — Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan partinya tidak akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Ibrahim – Perkasa.

Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan di pejabatnya semalam.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

Kemudian beliau mengekalkan statusnya sebagai wakil rakyat Bebas.

Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005 tetapi hanya memperoleh 415 undi dan hilang wang deposit.

Pengkalan Pasir adalah kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Pasir Mas.

Selepas memutuskan hubungan dengan PAS, Ibrahim menubuhkan Perkasa atas matlamat mahu mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pertubuhan itu yang kini mempunyai lebih 50,000 ahli di seluruh negara menggesa pentadbiran Najib mempertahankan dasar ekonomi pro-Melayu dan Bumiputera meskipun kerajaan mahu meliberalisasikan ekonomi negara.

Dua minggu lalu Ibrahim mencabar agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia dan mengemukakan satu resolusi berkaitan Perkara 153 Perlembagaan kerana gagasan itu bukan bererti kesamarataan hak.

“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli  Perkasa adalah dari Umno.

“Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.

Tengku Adnan mengingatkan pemimpin-pemimpin Perkasa bahawa BN perlu memenuhi keperluan dan kehendak semua kaum dan tidak boleh mendiskriminasikan mana-mana kaum jika mahu terus mentadbir negara ini.

Ketika ditanya nasihat kepada Ibrahim dan Perkasa, Tengku Adnan dengan nada penuh harapan berkata:

“Tolong perlahan sikit.”

“Apa saja yang anda lakukan, tolong fikir dengan baik. Apakah hasilnya? Apa yang anda mahukan untuk Malaysia? Anda mahukan perang saudara?” tanya Tengku Adnan yang sudah menjangkakan reaksi balas ahli Perkasa.

“Saya tahu bahawa apabila saya mengatakan begini, ahli Perkasa akan serang saya,” katanya lagi.

Santa Melayu
Assalamualaikum.

Sahabat pembaca sekelian, sudah sampai ke penghunjung Ramadan dah kita ini, Rasanya sudah dapatkan apa yang kita hajat dan berhajat, atau terlepas segala hajat kerana terputus niat, Diharap semoga segala perkara yang kita lakukan di Ramadan ini mendapat rahmat dari pemberi segala Rahmat.

Sudah diketemuikah Malam Lailatul Kadar? atau kita terlebih bercadar? Diharap baki ramadan ini memberi kita peluang di saat saat akhir sebelum tawaran ditutup.

Menorot kembali sedikit kebelakang ketika di pertengahan Ramadan, banyak iklan hari raya yang disiarkan, Jika sebelum Ramadan banyaklah tawaran atau iklan Berbuka Puasa, tetapi di pertengah sudah banyak Iklan Hari Raya walaupun sedikit darinya telah pun lebih awal berada kaca TV saperti iklan alatan membuat kueh atau biskut Raya. Atau iklan persiapan Hari Raya walaupun baru sehari berpuasa.

Diantara Iklan yang paling menarik dan menjadi kotrovesi ialah Iklan Krismas versi Hari Raya, Plot nya sama cuma Pedati dan rusa di ganti dengan Beca Roda Tiga dan Santa diganti dengan ‘Pak Haji’, kemudian di ikuti dengan paparan Bunga Teratai sama saperti menyambut perayaan agama Budha dan Cahaya Api Pelita sama saperti menyambut perayaan Depavali, Mungkin nak cuba serapkan dan mempromosi Agama 1 Malaysia agaknya.

Kali pertama melihat iklan ini hati aku dah mula berkata, wah macam nak sambut Krismas lah, Kemudian aku hubungi seorang sahabat yang terlibat dengan syarikat pengiklanan dan juga pereka grafik menyuruh beliau menyaksikan iklan tersebut jika berkesempatan. Kemudian ber SMS dengan beberapa orang rakan Bloger dan FB minta mereka komen dan pandangan dengan iklan tersebut.

Saperti di jangka komen dari mereka sama dengan apa yang aku fikirkan, “Iklan ini boleh mengelirukan Kanak Kanak dan mereka yang baru nak kenal Islam”. Mungkin pereka iklan tersebut cuba menerapkan konsep satu Malaysia melalui iklan tersebut tetapi tersalah menjadi Konsep Satu Agama. Kerana mencapur adukkan budaya dan pahaman Agama lain yang ketara didalam iklan tersebut, Ini dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak kearah menjadi syirik kerana disogok dengan dongengan ala Santa Claus, Api Pelita dan Bunga teratai , Apa kaitannya ketiga alimen tadi dengan budaya dan Agama Islam?.

Jika Pak Haji tadi mengayuh beca keliling kampong mambawa anak anak sambil mengunjung masjid, melihat orang bakar lemang atau memasak rendang mungkin boleh diterima, Tetapi apa yang berlaku ialah Pak Haji tadi ujud dari hayalan seorang kanak kanak yang melihat lakaran sebuah beca roda tiga dan sekawang kawang menjelma dilangit dan membawa kanak kanak tersebut mengeliling dunia melintasi bulan dan kembali ke bumi melihat orang memasak ( dengan hiasan bunga teratai) dan aktiviti lain, Dari segi jalan cerita aku dah boleh agak perekanya meniru gaya iklan Krismas.

Dikala kerajaan hari cuba menerapkan nilai nilai Islam dengan lebih mantap dengan membuang perkara perkara tahyul dan kurafat masih ada pula pihak yang terlepas pandang dengan perkara samacam ini.

Berikutan dengan itu banyak bantahan telah di keluarkan terhadap Stesion TV berkenaan dan Alhamdullilah Pengendali TV berkenaan telah bertidak bijak dengan membatalkan siaran dan memohon maaf pada penonton secara terus. Biarpun kemaafan telah dibuat oleh pihak TV tersebut, namun begitu kes yang cukup biadap ini perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa demi kesucian Islam di negara ini, Jangan dibiarkan Agama Islam di perkotak katikkan, soal agama tiada kompromi.

Kepada semua pembuat Iklan Komesial berhati hatilah bila mengeluarkan ilham cipta anda semua dan bagi pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Penerangan agar meningkatkan pemantauan ke atas penyiaran seperti iklan, drama atau filem agar kandungannya tidak melanggar batas syarak.

Sekarang ini sudah terlalu banyak iklan dan drama yang cuba menerapkan konsep 1 Malaysia sahingga terlepas pandang sahingga Agama juga hendak dijadikan 1 Agama.

1 Malaysia bukan bererti Satu Agama..

Orait sampai disini dahulu, jika ada kelapangan aku menulis lagi ( ini pun sementara menunggu kereta aku siap dibaiki di workshop dari dok termenung baik buat sesuatu yang ada faedah , ini lah kelebihan dan kecanggihan dunia masa kini )

Sementara tu di kesempatan yang ada , aku nak ucapkan Selamat Menyabut Aidil Fitri kepada semua rakan sahabat, yang akan beraya di kampong aku ucapkan selamat balik kampong, kepada yang bercuti selamat bercuti, kepada yang tak dapat cuti selamat bekerja macam biasa.

Aku? kerja tak kerja, tak kerja, kerja , sama sahaja ha ha ha…

Ps/Tulisan asal untuk www.ob21.net

Perkasa puji Najib, hentam Khairy
8 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata beliau gembira kerana Datuk Seri Najib Razak “akhirnya mempertahankan” Perlembagaan dan kontrak sosial, sebaliknya beliau terus menyerang Khairy Jamaluddin dengan menyifatkannya sebagai tidak berpegang pada realiti.

“Saya gembira akhirnya Perdana Menteri bersuara dan mengingatkan semua pihak jangan persoal Perlembagaan dan kontrak sosial,” kata Ibrahim dalam kenyataan yang disalurkan menerusi SMS lewat semalam.

Ibrahim memberitahu, beliau amat gembira kerana selama ini Perkasa mempertahankan Perlembagaan dan kontrak sosial, tapi ada pihak yang melabelkan pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai rasis.

“Sekarang terbukti Perkasa di pihak yang benar dan malangnya yang mempersoal dan menghina Perlembagaan dan  kontrak sosial tidak pula dikatakan rasis,” kata Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini.

Ibrahim juga berkata Perkasa akan komited “membujur lalu melentang patah” selain mempertahankan Perlembagaan sehingga titisan darah terakhir.

Oleh itu Ibrahim menambah, Perdana Menteri hendaklah tegas dan menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap mereka yang menyentuh isu sensitif ini.

“Nyatalah bahawa konsep 1 Malaysia bukan mengatasi Perlembagaan tapi ia telah diputar belit. Siapa yang pertahan I53, maka dikatakan bertentangan dengan 1 Malaysia… ini yang tidak benar dan dikelirukan,” kata beliau lagi.

Dalam komennya kelmarin, Najib yang juga Pengerusi BN memberitahu bahawa semua perkara yang sudah disepakati oleh pengasas-pengasas negara terutama sekali Perlembagaan yang berdasarkan kontrak sosial antara kaum tidak seharusnya dipersoalkan.

“Kita hendaklah beringat dan berpegang teguh kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dan dimaktubkan oleh bapa-bapa kita, generasi yang lalu, sejak sekian lama sehingga kita berada dalam suasana seperti hari ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata bahawa dalam menjaga hubungan antara kaum pula, setiap rakyat hendaklah peka kepada sensitiviti serta mengelak daripada perbuatan, tindakan atau tutur kata yang boleh melukakan saudara daripada kaum-kaum lain.

Mengenai kenyataan terbaru Khairy, yang melihat Perkasa menjadi asas menurunnya undi kepada BN, Ibrahim sekali lagi membidas dengan menyifatkan Ketua Pemuda BN itu “cakap macam orang tak ada akal dan orang gila.”

“Perkasa baru tubuh selepas pilihan raya umum ke-12. Pilihan raya umum ke-12, BN kalah teruk sebab orang membenci beliau (Khairy),” kata beliau merujuk kepada berita bertajuk “KJ: Perkasa punca BN hilang undi”.

Ibrahim mengetengahkan hujahnya bahawa Perkasa ditubuhkan sebab tidak mahu Melayu berpecah.

Sambil menyifatkan Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno sebagai pemimpin “bernafsu besar tapi dah hilang taring”, Ibahim menambah, “orang membenci Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebab Khairy mengawal Pak Lah… kalau Perkasa tubuh sebelum pilihan raya ke-12 ada logik.”

“Umno lagi rosak ada orang akal putus macam Khairy,” katanya.

Dalam temu bual dengan sebuah portal berita yang disiarkan semalam, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau masih yakin ahli-ahli Perkasa tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan memberikan undi pada Umno.

“Jadi kesan politik Perkasa kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu,” katanya.

Selain itu kata beliau, sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan Perkasa sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza.

“Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan Perkasa, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (Perkasa) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya,” jelas Khairy.

Parti bukan Islam ‘ghairah’ ke masjid, surau dipersoal
SHAH ALAM 6 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri ini mempersoalkan agenda parti bukan Melayu khususnya dari kalangan bukan Islam yang terlalu ‘ghairah’ mengadakan aktiviti dan program rakyat di kawasan masjid dan surau di negeri ini.

Yang Dipertuanya, Abdullah Mansor berkata, meskipun program itu sesuatu yang positif tetapi keghairahan berkenaan sebenarnya boleh mencetuskan pelbagai polemik politik termasuk mengundang perpecahan di kalangan umat Islam.

Ini kerana, katanya, tindakan pemimpin parti politik tertentu yang ‘keterlaluan’ mahu menggunakan masjid dan surau untuk mengadakan program mereka seolah-olah menggunakan rumah ibadat sebagai jalan mudah menarik sokongan orang Melayu.

Beliau tidak menolak kemungkinan pendekatan ‘politik masjid dan surau’ itu menambahkan lagi perpecahan di kalangan orang Melayu apabila wujudnya perbezaan pendapat dan perbalahan ekoran tindakan ahli politik bukan Islam memasuki rumah ibadat berkenaan.

“Ada orang Melayu menyokong bukan Islam memasuki dewan solat atau mengadakan program politik di masjid dan surau. Ada juga orang Melayu yang membantah.

“Sedangkan semua pihak sudah maklum bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengeluarkan titah melarang penggunaan masjid dan surau untuk berpolitik apatah lagi membenarkan orang bukan Islam memasuki ruang solat serta menyalahgunakannya,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Abdullah, pihaknya tidak menolak kemungkinan ahli politik bukan Islam yang menggunakan masjid dan surau itu mempunyai ‘agenda tersembunyi’ untuk menawan hati dan mendapat sokongan orang Melayu selain mengambil kesempatan untuk melemahkan perpaduan mereka.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana bertindak memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam keadaan yang tidak sopan pada 22 Ogos lalu sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Selain memasuki ruang solat, Nie Ching daripada DAP turut berucap kepada hadirin di ruang solat surau terbabit sehingga diberikan amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 27 Ogos lalu supaya menghormati agama dan institusi Islam di negeri ini serta tidak mengulanginya.

Kay Kim: Hak istimewa Melayu tak boleh dipadam kecuali Melayu setuju
6 Sept — Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

“Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

“Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

“Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud,” katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

“Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini,” katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

“Orang tak faham (Perlembagaan)…jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu,” katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

“Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda,” katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea ‘‘hak orang Melayu’’ yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat Parti keailan Rakyat itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

“Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu,” katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

“Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa,” katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

“Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

“Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka,” katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

“Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.

Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.

“Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita Nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak,” katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

“Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire,” katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara,” katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah “terlajak sejarah” iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

“Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan),” katanya.

Beliau berkata fenomena “terlajak sejarah” itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman. — Bernama

Teguran nasib Melayu amat serius
KUALA LUMPUR 4 Sept. – Teguran serta peringatan oleh Sultan Perak dan Sultan Selangor berhubung nasib orang Melayu perlu dipandang serius.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, semua pihak tidak kira sama ada rakyat, tokoh korporat mahupun ahli politik perlu mengambil peringatan daripada teguran tersebut kerana ia cukup kritikal dalam menentukan nasib masa depan orang Melayu.

Katanya, teguran berterusan Sultan Perak dan Sultan Selangor mengenai perkara itu mencerminkan penelitian mendalam baginda berdua terhadap nasib orang Melayu di negara ini sebelum menitahkan mereka supaya bersatu kerana khuatir situasi perpecahan yang semakin kronik.

“Kalau kita lihat kepada situasi orang Melayu sekarang ini, saya tidak hairan mengapa Sultan Perak dan Sultan Selangor menitahkan kita supaya bersatu kerana pemimpin-pemimpin parti politik Melayu sendiri bertelagah sesama sendiri, inikan pula rakyat.

“Sepatutnya golongan pemimpin yang menjadi contoh kepada rakyat. Kalau mereka terus bertelagah sesama sendiri, saya percaya orang Melayu semakin sukar untuk bersatu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kebelakangan ini sering mengingatkan orang Melayu agar bersatu mempertahankan agama dan bangsa daripada anasir yang cuba mencabar institusi Islam.

Sementara itu, Setiausaha Satu Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, sikap orang Melayu yang hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata merupakan kelemahan yang kini dipergunakan oleh kaum lain.

“Orang Melayu perlu segera sedar dan jangan hanya bergantung kepada kerajaan kerana ia merupakan kelemahan ketara kita. Sebaliknya kita perlulah bersatu dan mengatur strategi yang jitu untuk mempertahankan bangsa dan agama,” tegasnya.

Bagi Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula, titah Sultan Perak serta Sultan Selangor itu wajib dipatuhi oleh orang Melayu.

“Sultan merupakan ketua agama dan juga ketua orang Melayu di Malaysia. Jadi adalah wajib bagi kita menuruti perintah baginda untuk kebaikan bangsa kita,” katanya.

Tali barut asing mungkin taja demonstrasi – Perkasa
KUALA LUMPUR 4 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan tali barut asing dalam menaja demonstrasi liar oleh beberapa kumpulan pelampau Indonesia di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Ketua Penerangannya, Roslan Kassim berkata, demonstrasi itu tidak mungkin berlaku tanpa perancangan teliti oleh pihak tertentu yang ingin melihat kedua-dua negara bermusuh.

“Sudah pasti ada penajanya dan seperti biasa, akan menyembunyikan diri. Mereka ini hanya menunggu masa untuk meraih keuntungan politik. Perkasa memandang serius perkara tersebut,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) sebelum ini menuntut agar Jakarta segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

Bendera kembali aktif melakukan protes berbentuk provokasi dan penghinaan ke atas Kedutaan Malaysia serta kepentingan negara di sana sejak minggu lalu bagi membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin negara itu oleh polis Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Insiden itu bermula apabila tujuh nelayan Malaysia ditahan penguat kuasa marin Indonesia akibat kekeliruan batas sempadan perairan masing-masing.

Mengulas lanjut, Roslan berkata, selain itu, Perkasa turut menggesa pihak berkuasa agar melakukan siasatan terhadap portal berita propembangkang, The Malaysian Insider yang didakwa mempunyai hubungan dengan tiga pemimpin Bendera.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menjelaskan pihaknya bersetuju dengan gesaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) agar pihak berkuasa menyiasat portal berita terbabit dan motif politik hubungan mereka dengan pemimpin Bendera.

“Apakah ada agenda besar untuk mencetuskan konflik antara kedua-dua negara Islam di rantau ini?

“Demonstrasi di Jakarta itu hanya satu insiden akan tetapi kita harus melihat dari sudut agenda besar yang mana ia akan merugikan Malaysia dan Indonesia.

“Kita juga perlu tahu siapa penaja sebenar The Malaysian Insider. Pihak berkuasa perlu siasat demi kepentingan negara,” katanya.

Beliau seterusnya meminta pihak Polis Marin Malaysia agar membuat penjelasan lanjut berhubung insiden sebenar penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia di perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau.

Keistimewaan Melayu adalah hak
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak istimewa orang-orang Melayu. Ia hendaklah ditafsir menurut sejarah dan falsafah yang ada di sebalik kewujudannya. Ini kerana peruntukan itu wujud dengan nilai, sejarah dan falsafah yang tertentu. Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Mereka mungkin berkata, perubahan masa dan keadaan menuntut perubahan kepada budaya, keadaan sosial dan falsafah Perlembagaan negara. Walau apa pun, saya amat yakin bahawa majoriti masyarakat Melayu menganggap keistimewaan ini sebagai hak dan mereka inginkan nilai, sejarah dan falsafah kewujudan Perkara 153 diambil kira dalam membuat tafsirannya.

Amat menyedihkan apabila orang Melayu yang mendapat manfaat daripada Perkara 153 sendiri telah mentafsir peruntukan ini dengan menafikan “hak” orang Melayu. Atas apa alasan sekalipun ulasan atau tafsiran terhadap Perkara 153 dibuat, ia amat tidak adil kepada orang Melayu.

Hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi asas kepada kedudukan istimewa orang Melayu telah dikategorikan sebagai perkara sensitif. Mempersoalkan kedudukannya sehingga mencadangkan supaya ia dilupuskan daripada Perlembagaan secara perundangannya dikategorikan sebagai satu hasutan. Peristiwa berdarah 1969 juga mempunyai kaitan dengan Perkara 153. Atas alasan kestabilan negara, perkara berkaitan keistimewaan Melayu diberi perhatian serius dan diklasifikasi sebagai perkara sensitif. Walaupun pendakwaan jarang sekali dilakukan berkaitan perbuatan mempersoalkannya, peruntukan berkaitan amat jelas wujud di dalam Akta Hasutan.

Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukan perkara baru. Ia adalah antara menu utama dalam pembentukan asal negara ini.

Istilah keistimewaan Melayu bermula sejak campurtangan British di Tanah Melayu. Ketika pemerintahan British, keistimewaan orang Melayu dijaga melalui polisi di dalam pentadbiran British. Polisi keistimewaan Melayu diiktiraf British kerana rungutan dan permintaan para raja Melayu.

Disebut di dalam laporan Suruhanjaya Reid bahawa keputusan untuk memasukkan peruntukan berkaitan keistimewaan Melayu ke dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mendapat tentangan yang menyerlah walaupun tindakan untuk menambahkan lagi keistimewaan tersebut mendapat reaksi negatif banyak pihak. (lihat Perenggan 165)

Suruhanjaya Reid juga menyebut mengenai pertembungan antara kehendak prinsip kesamarataan antara rakyat yang berbilang bangsa. Walaupun begitu, Suruhanjaya berpendapat, peruntukan mengenai keistimewaan Melayu amatlah diperlukan bagi menjaga kedudukan bangsa Melayu. Selain daripada itu, keistimewaan Melayu juga diperlukan bagi menjamin kedudukan Melayu dalam proses integrasi antara kaum-kaum di negara ini setelah prinsip “common nationality” diperkenalkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957 (lihat Perenggan 165). Apa yang dapat dihujahkan daripada kenyataan Laporan Suruhanjaya Reid ini ialah proses integrasi antara pelbagai bangsa yang ada di Tanah Melayu akan mengambil masa yang agak panjang. Pada andaian Suruhanjaya Reid sekiranya proses integrasi antara pelbagai kaum di negara ini menjadi bertambah baik, ia akan seterusnya dapat mengurangkan atau menghapuskan keistimewaan Melayu. Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Suruhanjaya Reid ini adalah, selagi mana integrasi antara pelbagai kaum belum mencapai tahap matang, kedudukan istimewa Melayu harus dikekalkan.

Sehingga 53 tahun merdeka integrasi antara pelbagai bangsa di negara ini masih menjadi agenda utama negara. Perkara berkaitan perpaduan atau integrasi antara kaum kekal menjadi isu sensitif. Ada yang berpandangan bahawa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia agak rumit kerana negara kita tidak menjalankan proses asimilasi yang mahukan semua pihak melenyapkan identiti bangsa masing-masing dengan menerapkan satu identiti sahaja.

Semua kaum di Malaysia masih mengekalkan identiti kaum masing-masing. Seorang cendekiawan mengibaratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa seperti beberapa batang besi yang diikat bersama. Batang-batang besi tersebut akan terlerai sekiranya tali pengikat yang menggabungkannya terputus. Batang-batang besi tersebut tidak dilebur dan dibekukan untuk menjadi satu batang besi yang lebih besar dan tegap. Batang-batang besi yang dilebur dan dikeraskan ini tidak akan terlerai sekiranya tali pengikatnya terputus.

Walaupun bersetuju dengan cadangan Parti Perikatan mengenai kedudukan istimewa Melayu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya keistimewaan Melayu disemak semula selepas 15 tahun. Kenapa 15 tahun? Adakah jangkamasa 15 tahun ini satu jangkamasa yang substantial? Jawapan kepada persoalan ini tidak dijelaskan oleh Suruhanjaya Reid.

Jangkamasa 15 tahun adalah andaian Suruhanjaya Reid. Hakikatnya, hanya masyarakat Malaysia selepas merdeka yang menentukan. Secara prinsipnya, kenyataan Suruhanjaya Reid ini bukanlah sesuatu yang mengikat. Sejauh manakah Suruhanjaya Reid dapat menentukan integrasi kaum di Malaysia akan berjalan lancar dan boleh mencapai objektifnya hanya dalam masa 15 tahun. Hatta negara-negara yang tamadunnya beratus-ratus tahun masih lagi mempunyai masalah berkaitan perkauman dan ia kekal sampai ke hari ini. Pengajarannya ialah jangkamasa 15 tahun cuma jangkaan Suruhanjaya Reid. Ia tidak semestinya benar dalam realiti.

Walaupun mencadangkan jangka masa 15 tahun untuk disemak semula peruntukan ini, Laporan Suruhanjaya Reid juga menyebut bahawa, ia terpulanglah kepada keputusan kerajaan yang memerintah, sama ada untuk mengekal, atau mengurang atau melupus keistimewaan tersebut. Keputusan kerajaan tersebut tertakluk kepada keadaan masyarakat Melayu semasa semakan tersebut dilakukan (lihat Perenggan 167).

Hakikatnya keputusan sama ada keistimewaan Melayu perlu diteruskan ataupun tidak bergantung kepada keadaan dan status orang Melayu. Sekiranya integrasi antara pelbagai kaum tidak mencapai tahap matang seperti andaian Suruhanjaya Reid, kemungkinan untuk kerajaan meneruskan status quo Perkara 153 menjadi jelas. Selain daripada itu, sekiranya kedudukan ekonomi Melayu masih belum mencapai tahap yang boleh dianggap mampu bersaing dengan kaum bukan Melayu, Perkara 153 ini masih diperlukan. Atau, selagi orang Melayu fikir mereka masih memerlukan keistimewaan seperti yang termaktub, ia harus dikekalkan di dalam Perlembagaan.

Perlembagaan

Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Perlembagaan tidak memberikan Parlimen kuasa penuh untuk meminda Perkara 153. Peruntukan ini hanya boleh dipinda sekiranya mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Selain daripada itu, apa juga polisi yang diperkenalkan berdasarkan Perkara 153 tidak boleh diubah kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Majoriti ahli Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab menjaga keistimewaan Melayu atas nasihat Jemaah Menteri. Justice Abdul Hamid, ahli Suruhanjaya Reid dari Pakistan, dalam nota kecualiannya menyatakan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini adalah kuasa budi bicara. Baginda boleh menjalankan kuasa berkaitan keistimewaan Melayu di atas keputusan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Jemaah Menteri.

Keadaan ini amat kukuh untuk dihujahkan bahawa keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 adalah satu “hak” dan bukanlah hanya keistimewaan dalam kata harfiahnya.

Saya perlu nyatakan bahawa Pekara. 153 adalah sebahagian daripada hak asasi. Pengiktirafan sebegini juga diamalkan di negara-negara lain. Hak asasi ini diiktiraf oleh kebanyakan negara untuk menjaga kestabilan sosial supaya sesuatu kaum tidak terpinggir dan keadilan dapat dicapai dengan memberi peluang kepada semua. Hak asasi ini boleh dikatakan sebagai pengecualian kepada dasar kesamarataan menggunakan prinsip diskriminasi positif atau juga dikenali sebagai affirmative action.

Di negara seperti Amerika Syarikat, dasar affirmative action ini tidak disebut di dalam Perlembagaan. Ia hanyalah polisi pentadbiran negara. Negara kita mengiktiraf keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaannya. Ini menjadikan kedudukan istimewa ini lebih “istimewa” berbanding amalan di Amerika Syarikat.

Perkara 153 diperkenalkan bukan kerana sifat rendah diri atau inferiority complex orang Melayu sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Ia bukan tongkat kepada Melayu. Ia merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu kerana asal negara ini adalah “Tanah Melayu”. Ia tiada kaitan dengan kedudukan kaum lain yang telah lama berada dan menyumbang kepada negara ini.

Objektif Perkara 153 bukan juga untuk mempersoalkan kehadiran kaum bukan Melayu di negara ini. Kaum bukan Melayu tidak harus merasa bimbang dengan kekalnya Perkara 153 di dalam Perlembagaan.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah penghormatan harus diberikan kepada kaum Melayu dan penghormatan tersebut sebenarnya di iktiraf oleh Perlembagaan. Walauapa pun, saya tidak fikir keistimewaan Melayu ini satu diskriminasi, walau dikatakan sebagai diskriminasi positif. Ia adalah satu struktur sistem yang telah dicipta untuk kestabilan negara ini.

Oleh itu prinsip keluruhan Perlembagaan atau ketinggian Perlembagan harus sentiasa diberi perhatian sewajarnya. Keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu di dalam Perkara 153 adalah satu hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan tidak harus dipertikaikan.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat kedudukan kaum bukan Melayu di negara ini. Walaupun peruntukan telah wujud sepanjang 53 tahun lepas, ia tidak menjadi penghalang yang besar kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini. Perkara 153 tidak menafikan kedudukan kaum bukan Melayu. Sebenarnya tiada hujah yang konkrit untuk dikatakan kuota Melayu menerusi Perkara 153 ini telah menafikan kedudukan kaum bukan Melayu sehingga menjadikan kaum bukan Melayu merempat di negara ini. Malah, apa yang kita saksikan dengan nyata ialah, kaum Melayu, atas apa sebab sekalipun, masih lagi di belakang kaum bukan Melayu dalam aspek kedudukan ekonomi. Tiada kemudaratan yang dilahirkan oleh Perkara 153 walaupun ia seringkali dijadikan alasan amalan ketidaksamarataan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Oleh DR. SHAMRAHAYU ABD. AZIZ

Surat terbuka kepada Datuk Ibrahim Ali
Sept. 04,  — Salam Ramadan saya ucapkan kepada Datuk. Moga Datuk mendapat rahmat dan kesejahteraan sepanjang bulan yang penuh mulia ini.

Tujuan saya menulis pada petang Jumaat terakhir di bulan Ramadan ini bukanlah untuk mengajak Datuk berdebat jauh sekali untuk memburukkan nama dan kredibiliti Datuk sebagai pemimpin sebuah badan bukan kerajaan yang begitu lantang dan menjadi sebutan di dada-dada akhbar nasional.

Lagipula saya hanyalah seorang rakyat yang tidak dikenali, jauh sekali memegang apa-apa jawatan di peringkat nasional dan hanyalah salah seorang daripada generasi muda yang menjadi penonton di stadium politik negara justeru tidaklah layak bagi saya untuk mengajak Datuk berdebat secara terbuka akan isu yang dibincangkan selepas ini. Jika Saudari Ahli Parlimen Lembah Pantai yang mengajak Datuk untuk berdebat dianggap sebagai budak hingusan, maka saya ini tiadalah nama di mata Datuk.

Sebelum saya menjelaskan apa yang tersurat, tersirat mahupun terlirat di hati sebagai generasi muda yang akan membetuk golongan majoriti mengundi dalam pilihanraya umum kelak, rasa kagum saya tujukan kepada pertubuhan Datuk yang berjaya menarik 200,000 orang ahli dan yang lebih mengagumkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga merupakan patron kehormat dalam pertubuhan datuk.

Namun kewujudan Tun yang merupakan salah seorang pemimpin yang sangat saya hormati tidaklah menghalang saya untuk memberitahu apa yang fikirkan benar untuk kita semua. Tidaklah saya menganggap pandangan saya selepas ini mencerminkan pendirian generasi muda Melayu Malaysia kerana barangkali mereka berasa malu dan akan menolak pendapat saya namun hal itu tidak membimbangkan saya kerana kebebasan bersuara, berfikir dan berpendirian sudah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas keprihatinan Datuk dalam menyanggah komentar-komentar yang diberikan oleh pihak tertentu terutamanya berkaitan “hak istimewa” orang Melayu.

Namun begitu, apabila Datuk bukan sahaja bersuara mengkritik mereka tetapi menghentam YAB Perdana Menteri akan gagasan 1 Malaysia beliau, sedikit hati saya terguris. Terguris bukan kerana faktor pembodek jauh sekali hubungan keluarga dengan YAB PM akan tetapi hentaman yang dikeluarkan oleh Datuk telah membawa saya untuk bersuara mengenai beberapa perkara:

Pertama, apabila Datuk mencabar YAB PM untuk membentangkan usul menghapuskan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di Parlimen sekiranya beliau benar-benar mahu mewujudkan gagasan 1 Malaysia memberi refleksi kepada saya akan dua hal: pertama pertubuhan Datuk tidak mengenal bulu dan akan membidas siapa sahaja baik kerajaan ataupun pembangkang yang mempersoalkan “hak istimewa” dan “ketuanan” Melayu.

Kedua, ia dilakukan supaya stigma pertubuhan Datuk dan parti pimpinan YAB PM adalah ibarat dua muka syiling yang tak terpisah adalah dakwaan kosong semata-mata. Saya tidak mahu bercakap dari sudut politik kerana apabila bercakap dari kacamata politik maka ia tidak bertunjangkan apa-apa, jauh sekali bersendikan asas-asas yang munasabah.

Ia cuma ada dua: Benar atau tipu.

Saya lebih suka membincangkan hal ini dari sudut undang-undang; meskipun saya tidak mempunyai lesen untuk membela dan mendakwa orang buat masa kini tetapi dengan ilmu perlembagaan yang saya pelajari daripada salah seorang tokoh perlembagaan terkenal di negara ini, eloklah kiranya saya membincangkan hal ini mengikut versi Persekutuan Perlembagaan itu sendiri.

Terdapat sebuah perkara dipanggil perkara 159 yakni proses pemindaan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana di klausa 5 jelas tertulis “A law making an amendment to clause 4 of Article 10, any law passed thereunder the provisions of Part III, Article 38,63(4),70,71,72(4), 152 or 153 or to this clause shall not be passed without the consent of the Conference of Rulers.”

Inilah perkara yang sering dilupakan oleh kebanyakan ahli politik apabila berbicara soal perkara 153. Sesungguhnya perkara 159 ini harus dibaca bersama dengan perkara 153 juga perkara-perkara yang termaktub dalam perkara 159 itu sendiri.

Pindaan yang digesa Datuk tidak lain hanyalah satu tindakan yang merosakkan imej YAB PM jika beliau menyahut cabaran tersebut. Bahkan Datuk tidak pernah menyebut langsung akan kewujudan perkara ini atau mungkin ia ditapis oleh media yang menajdi bacaan saya sehari-hari.

Usul pindaan perkara 153 boleh sahaja dilakukan di Parlimen tetapi kesan yang akan menimpa YAB PM sangatlah dahsyat dan merosakkan imej beliau di mata dan hati kaum Melayu. Adalah tidak mungkin, 9 orang Sultan Melayu yang membentuk Majlis Raja-Raja akan bersetuju perkara 153 dipinda kerana ia memberi kesan kepada orang Melayu termasuk mereka sendiri.

Nah, marilah saya mendiskusikan isu yang membentuk hati dan dasar warkah ini ditulis. Antara peruntukan 30 peratus dalam sektor ekonomi dan kaitannya dengan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.Sering kali Datuk momokkan kami dengan ancaman bahawa penghapusan 30 peratus yang disediakan dalam Dasar Ekonomi Baru adalah “haram” dan bertentangan dengan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Soalan saya: Benarkah begitu? Sekali lagi: Benarkah begitu?

Mari kita telusuri perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan ia mempunyai 10 klausa eloklah saya ambil mana yang penting sahaja tetapi ini bukanlah bertujuan untuk menyorokkan fakta “30 peratus dalam sektor ekonomi harus diberikan kepada kaum Bumiputera” kerana tidaklah dapat Datuk, saya mahupun rakyat Malaysia yang lainnya mencari angka 30 peratus itu dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Baik, marilah saya keluarkan 4 klausa yang menarik untuk dibincangkan bersama:

Article 153

1) It shall be the responsibility of the Yang Di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.

(2) Notwithstanding anything in this Constitution but subject to the provisions of Article 40 and of this Article, the Yang Di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this constitution and federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the states of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities and when any permit or licence for the operation of any trade or business…

(6) Where by existing federal law a permit or licence is required for the operation of any trade or business the Yang Di-Pertuan Agong may exercise his function under that law in such manner or give such directions to any authority charged under that law with the grant of such permits or licences as may be required to ensure the reservation of such proportion of such permits and licences for Malays and native of any of the state of Sabah and Sarawak as the Yang Di-Pertuan Agong may deem reasonable…

(8A)… the number of places offered by the authority responsible for the management of the University, College or such educational institution to candidates for any course of study is less than the number of candidates qualified for such places it shall be lawful for the Yang Di-Pertuan Agong by virtue of this Article to give such directions to the authority as may be required to ensure the reservation of such proportion of such places for Malays and natives of any states of Sabah and Sarawak as the Yang Di-Pertuan Agong may deem reasonable….

Keraguan:

1) Apakah ada dalam perkara 153 ini disebut perkataan “hak istimewa” atau “bangsa ketuanan” sepertimana yang sering diucapkan oleh Datuk? Apa yang diperuntukkan dalam perkara ini hanyalah kedudukan istimewa. Ya, kedudukan istimewa.

Tidaklah saya ketahui jika maksud “special position” itu bererti hak istimewa kerana position itu ertinya kedudukan, bukan hak. Barangkali peraturan interpretasi undang-undang yang digunapakai oleh Datuk adalah “purposive approach” sedangkan saya menggunakan “literal meaning” kerana menurut saya sekalipun menggunakan purposive approach atau apa-apa pendekatan sekalipun, perkara 153 hanyalah mengenai kedudukan istimewa, bukan hak ataupun ketuanan bangsa. Kerana kedudukan istimewa ini menurut analogi mudah ialah seperti seorang pelajar yang mundur diberi kelas tambahan dan kedudukan istimewa untuk menjadi anak angkat kepada guru ataupun diberi keutamaan duduk di barisan hadapan kelas.

Tetapi itu tidaklah bererti bahawa pelajar ini akan selama-lamanya diperlakukan begitu; tidak mungkin pelajar itu tidak menunjukkan sebarang peningkatan prestasi dan sebegitu mundur dari awal hingga akhir persekolahan, pasti ada perubahan selepas kedudukan istimewa itu diberikan kepadanya.

Nah, seusai sahaja pelajar ini sudah dapat berdikari dan cemerlang dalam peperiksaan maka haruslah pelajar itu mula berdikari tanpa mengharapkan kedudukan istimewa itu sendiri melainkan jika guru tersebut masih mahu beliau menjadi anak angkatnya.Ini kerana seringkali terjadi dalam hukum dunia apabila seseorang itu terlalu dimanjakan, tidak rela dilepaskan untuk menghadapi persaingan dan cabaran luar maka orang itu tidak lebih hebat dari sesiapa pun dan selamanya berada di takuk lama. Tidak berubah.

2. Sekiranya Datuk mahu memanggil perkara ini sebagai hak istimewa maka itu tidaklah merungsingkan saya tetapi sekali lagi ia harus dipanggil dengan sebutan yang betul: hak istimewa orang melayu dan penduduk asli Sabah dan Sarawak atau digabungkan menjadi Bumiputera. Kalau Datuk mahu memanggil ia ketuanan maka haruslah disebut sebagai ketuanan Bumiputera, bukanlah Melayu semata.

Tidaklah boleh dinafikan akan kewujudan penduduk asli Sabah dan Sarawak yang juga mendapat kedudukan istimewa ini dalam Perlembagaan Persekutuan, bukanlah khas untuk orang Melayu semata. Mungkin juga bukan salah Datuk dalam hal ini kerana Datuk lebih cepat peka dan prihatin akan isu-isu sebegini sementara tidak ada lagi pertubuhan yang seangkatan dengan pertubuhan Datuk dalam memperjuangkan perkara 153 ini.

3. Tidak ada yang diperuntukkan 30 peratus untuk Bumiputera dalam sektor ekonomi mahupun 60 peratus kuota dalam sektor pelajaran sepertimana yang termaktub dalam perkara 153. Hanya yang ada seperti yang disebut dalam 153(2) dan (8A) adalah “…..of such proportion as he(YDPA) may deem reasonable”. Soal kedudukan istimewa ini tertakluk pada pertimbangan Yang Di-pertuan Agong untuk melaksanakan berapa banyak peratus yang harus diperuntukkan kepada kaum Bumiputera dalam sektor ekonomi mahupun pelajaran.

Andaikata YDPA mempertimbangkan bahawa 20 peratus atau 10 peratus adalah mencukupi untuk kaum Bumiputera apakah Datuk akan mengatakan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan?

Justeru apa yang saya fikirkan terbaik untuk Datuk dalam menyatakan pandangan Datuk kepada YAB PM adalah dengan mengingatkan beliau bahawa Majlis Raja-Raja perlu dibawa berunding atau consult sebelum sebarang perubahan polisi kerajaan berkenaan perkara 153 sepertimana yang termaktub dalam perkara 38(5). Tetapi suka saya ingatkan bahawa runding atau consult tidaklah sama dengan consent atau izin.

YAB PM tentu sahaja boleh tidak mempertimbangkan apa-apa cadangan atau bantahan Majlis Raja-Raja sewaktu sesi consultation tersebut kerana ia bukanlah consent sepertimana yang diperlukan jika pindaan 153 mahu dilakukan seperti yang diperuntukkan dalam perkara 159.

Sekiranya YAB PM mahu menghapuskan 30 peratus tersebut maka itu tidaklah bertentangan Perlembagaan sebab pengkhususan angka 30 itu tidak disebut dalam perkara 153 perlembagaan Persekutuan tetapi YDPA boleh melaksanakan tugas baginda mengikut perkara 153 (6) yang telah saya bentangkan sebentar tadi.

Meskipun saya menuntut di sebuah universiti yang mendapat perlindungan dalam perkara 153 ini tetapi tidaklah saya mencadangkan pembukaan 10 peratus atau berapa peratus untuk bukan Bumiputera ke atas universiti sepertimana yang difikirkan Datuk seusai membaca pendapat saya sebentar tadi. Peluang menuntut ilmu di universiti ini merupakan satu anugerah berharga untuk saya dan saudara-saudara saya yang lainnya dan tidak seharusnya isu ini ditimbulkan kerana ia sudah termaktub jelas dalam perlembagaan persekutuan.

Bukanlah impian saya mahu menjadi seperti seorang ahli politik yang menuntut dalam bidang yang sama dengan saya tetapi kemudiannya dicop sebagai pengkhianat bangsa. Gelaran itu adalah sangat menghancurkan hati sekiranya sayalah orang yang mendapat gelaran tersebut. Bukan mahu saya mempertikaikan kedudukan orang Melayu di bumi tercinta ini tetapi apa yang saya nyatakan adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan semata-mata.Tidak lebih dan tidak kurang. Saya hanya menyampaikan ilmu yang saya miliki untuk dikongsi bersama.

Meskipun saya tidak bersetuju dalam banyak perkara mengenai Ketua Pemuda Umno namun cara pemikiran beliau yang terbuka mendapat sambutan dan diterima secara umum oleh kami, generasi muda.

Bahkan peringatan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa chauvinism yang dimainkan oleh parti-parti komponen BN akan menghancurkan parti itu sendiri seharusnya menjadi perhatian Datuk dan ahli-ahli BN yang lainnya. Sesungguhnya parti BN adalah ibarat keluarga; tidaklah mungkin parti-parti komponen dalam BN itu akan bertambah ahli dan sokongan dengan memainkan sentimen perkauman kerana sudah terbukti pilihanraya 2008 menunjukkan rakyat lebih serius dan peka akan isu-isu semasa dan kepimpinan.

Ramai yang menolak BN kerana kepimpinan BN dilihat lemah dan banyak cerita-cerita kurang enak berputar di kalangan rakyat pada waktu itu. Generasi muda terutama yang tinggal di kawasan bandar tidak lagi memandang strategi perkauman ini adalah strategi yang berkesan untuk menarik undi kami.

Jika benar mahu tahu apakah yang kami mahukan maka dekatilah kami dengan menganjurkan dialog terbuka serta bukalah ruang kepada kami untuk menyampaikan pandangan dan pendapat di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Maaf saya pohon andaikata warkah ini telah menimbulkan kemarahan Datuk di bulan yang mulia ini. Sesungguhnya tujuan saya tidak lain dan tidak bukan hanyalah menyampaikan pendapat sebagai seorang anak muda yang mengetahui sedikit akan ilmu perlembagaan untuk dikongsi bersama.

Jikalau Datuk dan ahli-ahl politik lain masih merasakan isu ini penting dan serius maka teruskanlah berperangai sebegini. Janganlah pertubuhan dan Datuk sendiri dipersalahkan sekiranya Umno kalah dalam pilihanraya umum akan datang kerana isu ini sudah tidak relevan lagi.

Kami di bangku penonton akan terus memerhati telatah dan aksi wakil kami di gelanggan politik yang seharusnya menjadi suara dan telinga kami; suara dan telinga rakyat.

Sekali lagi mohon maaf dipinta dan mudah-mudahan sifat kerterbukaan dalam berpolitik akan menjadi gelanggang politik negara Malaysia di masa akan datang. Amin

— Loyar Muda

Kenyataan Nik Aziz dipertikai
KOTA BHARU 3 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan umat Islam terlalu jahil dengan agama apabila mempertikaikan tindakan Ahli Parlimen Sedang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat sebuah surau di Serdang baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu semata-mata untuk menghalalkan tindakan DAP yang terang-terang tidak pernah bersetuju dengan peraturan Islam seperti hukum hudud di negara ini.

Justeru beliau meminta Menteri Besar itu mengemukakan bukti dalam kitab dan nas yang menunjukkan Rasulullah pernah mengajak orang kafir Quraisy tinggal di masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum seperti didakwanya.

Ini kerana, katanya, berdasarkan sejarah, apabila Rasulullah diangkat menjadi Rasul, Baginda hanya berada di Madinah dan Mekah.

Sekiranya baginda berada di luar pun, katanya, tidak lama dan pada ketika itu juga dengan perintah Allah, kedua-dua kota tersebut menjadi ‘tanah haram’ di mana orang kafir ditegah masuk.

“Jika benar apa yang dikatakan Nik Abdul Aziz, sama-samalah kita buat sepanduk terbesar untuk menjemput orang kafir datang tinggal di masjid dan dibenarkan makan, minum serta tidur di masjid. Sepanduk pertama di Masjid Telipot; kedua di Masjid Biru Kubang Kerian dan ketiga, Masjid Muhammadi.

“Yang kita nak tanya Nik Abdul Aziz sekarang adalah di masjid mana Rasulullah SAW jemput orang kafir itu? Masjid Nabawi di Madinahkah? Tidak sekali-kali, itu tanah haram, orang kafir tidak boleh masuk.

“Dulu Nik Abdul Aziz kata kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan nak bantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana nak bantu negara Islam?

“Allah SWT sudah melarang kita daripada mendekati syaitan, ia jelas dalam surah An-Nahl ayat 98 yang bermaksud; Apabila kamu membaca al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mempertahankan tindakan Nie Ching menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, baru-baru ini.

Menteri Besar itu menyifatkan tindakan Ahli Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada Islam.

Malah Nik Abdul Aziz turut menyifatkan desakan orang ramai supaya mengambil tindakan ke atas Nie Ching sebagai ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mempersoalkan orang Islam di negeri mana dimaksudkan Nik Abdul Aziz sebagai jahil agama.

Kelangsungan Melayu – pada pilihan raya akan datang
Sep 4, Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pilihan raya umum akan datang amat penting bagi orang Melayu kerana ia akan menentukan kelangsungan mereka.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, ini kerana perkembangan semasa menunjukkan hak orang Melayu sentiasa dicabar sekalipun telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Katanya, pilihan raya itu akan menentukan sama ada orang Melayu akan terus meneraju negara ini atau sebaliknya.

“Berasaskan kedudukan itu Umno mesti memenangi lebih banyak kerusi parlimen dan negeri bagi menguatkan kedudukan selain terus berkuasa mempertahankan perlembagaan yang sedia ada bagi faedah orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik peringkat pejabat pelajaran Pasir Puteh, di Pasir Puteh malam semalam.

Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan berkata, Umno negeri itu kini berusaha mendampingi golongan pendidik di Kelantan bagi memastikan BN dapat menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ini kerana golongan pendidik paling rapat dengan rakyat selain mempunyai pengaruh besar ke atas masyarakat.

“Diharapkan golongan guru dapat membantu menarik rakyat untuk menyokong BN,” katanya.

- Bernama

PERKASA Johor Bahru Ambil Berat
Khamis, 2/9/2010, jam 10.15 pg bertempat di Garage Motorsikal Masjid Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah.

Perkasa Daerah Johor Bahru (Diwakili Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Ketua Wira, Ketua Zon Gelang Patah , Pasir Gudang dan Pulai, Penasihat Undang-Undang Perkasa Daerah, Naib YDP 1 Perkasa Johor dll) telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Pelabuhan Tanjung Pelepas (Timbalan CEO, Encik Sufian dll) dan wakil penduduk Desa Paya Mengkuang telah mengadakan perbincangan mengenai isu tuntutan mengosongkan rumah di Mahkamah oleh PTP. Pasukan PDRM turut hadir.

Perbincangan telah berjalan dengan baik, mesra dan aman.

Keputusan:

1. Bayaran saguhati keatas rumah yang dirobohkan (rumah terletak di atas tanah kerajaan dan menumpang di atas tanah bertuan) masih dalam peringkat perbincangan oleh Lembaga Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP).

2.Rumah.Penduduk-penduduk yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah dijemput berunding dengan pengurusan PTP seberapa segera. Menurut wakil PTP, tindakan Mahkamah adalah mengikut prosidur PTP dan tiada tindakan selanjutnya. YB ADUN Nusajaya (melalui wakil) memaklumkan bahawa usaha sedang dibuat untuk mendapatkan pembiayaan dari Sykt Perumahan Negara.

3.PTP memberi jaminan akan mengadakan perundingan dari masa ke masa dengan penduduk melalui wakil yang dilantik iaitu Ibrahim Atan dan Shahrullizam Abd Samad.

4.Penduduk/Nelayan perairan Pendas yang kawasan mereka menangkap ikan telah dijadikan tempat kapal ‘parking’ memohon agar dapat berkongsi  pendapatan sewa dengan PTP dari kapal-kapal tersebut.

Tahniah PERKASA Johor Bahru yang proaktif menjadi orang tengah kepada permasalahan orang Melayu. Terima kasih kepada En.Samat Atan ,YDP 1, PERKASA Johor dan Tn Hj Ghaust b Mohd Yusuf yang mengerakkan usaha ini demi menjaga kepentingan Melayu setempat khususnya permasalahan Melayu di Johor Bahru.

Amir Hamzah

Batu Pahat.

Bakar bendera: Pemuda Umno, NGO serah bantahan
Sep 3,Pemuda Umno serta empat NGO, termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyerahkan nota bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia, berhubung insiden membakar dan mengotorkan Jalur Gemilang oleh sekumpulan rakyat republik itu.

Nota tersebut diserahkan kepada wakil kedutaan tersebut, Widyarka Ryananta selepas mengadakan pertemuan selama setengah jam.

Wakil Pemuda Umno, PERKASA, Belia 4B dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) memasuki kedutaan tersebut pada kira-kira jam 3 petang.

Mereka terdiri daripada exco Pemuda Umno, Rizalman Datuk Mokhtar, Tengku Azman Zainul Abidin; ketua wira PERKASA, Arman Adzhar Abu Hanifah; Presiden Belia 4B, Mu’ammar Gadaffi dan presiden GERTAK, Razali Idris.

Kira-kira 20 anggota polis ditugas di situ ketika kira-kira 25 penyokong Pemuda Umno dan NGO berkenaan, hadir untuk menyerahkan nota bantahan tersebut.

Dalam satu akhbarnya, Rizalman berkata, mereka menyifatkan tindakan membakar dan mengotor Jalur Gemilang sebagai satu provokasi melampau.

Dalam pertemuan tersebut, katanya, mereka menyatakan kekesalan mereka kepada pihak kedutaan mengenai insiden tersebut.

Menurutnya apa yang berlaku itu “seolah-olah tiada jalan penyelesaian dan seolah-olah ia menjadi perkara tahunan setiap kali Indonesia menyambut kemerdekaan”.

Sehubungan itu, katanya, mereka menggesa pihak berkuasa Indonesia supaya menghentikan segera apa yang berlaku sekarang.

Dalam pertemuan itu juga, katanya, wakil kedutaan tersebut, menjelaskan pandagnan dan senario yang berlaku di Jakarta.

Katanya, mereka juga berharap pertemuan menteri luar kedua negara di Kota Kinabalu Isnin ini akan dapat menyelesaikan masalah antara Malaysia dan Indonesia.

Perkasa kuasa ketiga isu Melayu atau hanya mencari publisiti?
3 Sept — Melihat kepada kelantangan Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini termasuk menggesa Datuk Seri Najib Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia, penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan pemimpin dan Perkasa sebagai tidak berwawasan, malah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian.

“Saya sebenarnya musykil kenapa beliau berbuat begitu?” kata pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa ini berhubung pendirian Perkasa akhir minggu lalu.

Ibrahim dilihat seolah-olah “berani” dan lantang mencabar Najib.

“Bagi saya tidak mudah untuk beliau hidup sebab Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang tidak mempunyai wawasan dan komitmen,” kata beliau sambil menambah, “apa yang pasti, walau apa jua yang beliau lakukan, saya tidak fikir Umno akan menerima beliau semula.”

Hujung minggu lalu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mempersoalkan konsep 1 Malaysia dan meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep tersebut, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.

Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada aspek kesamarataan antara kaum.

Selain itu, Ibrahim juga mencadangkan supaya undang-undang bagi menghalang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau digubal.

Dalam pada itu seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia pula berkata, tindak tanduk Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukkan beliau mahu bertindak sebagai kuasa ketiga dalam mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.

Menurut kata ahli akademik itu, Ibrahim melalui pertubuhan bukan kerajaan iaitu Perkasa mahu melakukan perubahan dalam usaha mempertahankan orang Melayu.

“Saya melihat apa yang cuba dilakukan beliau (Ibrahim) adalah mahu menggunakan NGO kerana ia boleh bertindak sebagai kuasa ketiga dalam menentukan hal-hal termasuk politik.

“Apa yang dibangkitkan oleh Perkasa selama ini langsung tidak dilakukan oleh mana-mana parti politik,” katanya.

Beliau berkata tindakan Ibrahim yang dilihat semakin lantang bersuara ini adalah semata-mata mahu mewujudkan situasi “check dan balance” kepada parti politik dalam negara.

“Ini kerana parti politik yang ada lebih kepada politk kepartian dan apa yang diperjuangkan Perkasa adalah mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.

“Mungkin apabila melalui Perkasa apa yang ingin disampaikan Ibrahim dilihat relevan dan apa yang lebih penting adalah parti-parti politik dilihat lebih peka terhadap isu orang Melayu apabila ia dibangkitkan,” katanya.

Beliau berpendapat apabila parti politik tidak memainkan peranan, Perkasa yang dipimpin Ibrahim semakin lantang bersuara untuk menyedarkan pemimpin supaya mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.

“Selama ini matlamat dan perjuangan Perkasa adalah mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan sudah menjadi kewajiban untuk mereka lantang bersuara.

“Sama ada perjuangan itu wajar atau tidak ia bergantung kepada penerimaan rakyat, Perkasa sekarang hanya dilihat sebagai penggerak sahaja,” katanya.

Laporan Polis terhadap YB Nurul Izah
Saperti pepatah ” kemana kuah jika tidak ke nasi” dan ibarat “rintiknya anak kerana boreknya bapa”  itu lah pepatah yang sesuai buat YB Nurul Izah Bt. Anwar Ibrahim.

Hari ini Ketua Wirawati Perkasa Saudari Zaira Jaafar bertemankan Ketua Penerangan Pusat Sdr Roslan Kassim dan Ketua Wira Perkasa Sdr. Arman Adza telah membuat satu laporan Polis terhadap YB Nurul Izah Anwar Ibrahim berhubung dengan kenyatan yang disiarkan di dalam Akbar dan portal berita internet Yang mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak istimewa orang orang melayu.

Dalam kenyataan tersebut YB Nurul Izah telah menyatakan bahawa Perkasa 153 hanya menyebut ‘kedudukan istimewa’ dan bukan ‘hak istimewa’ orang Melayu, Beliau juga mendakwa,Agenda melayu yang terkandung dalam pengagihan ekonomi Perkara 153 hanyalag bersifat sementara dan bukan nya hak kekal orang Melayu.

YB Nurul Izah juga turut mendakwa “Hak Melayu hanyalah sekadar falsafah serta ideologi dan bukannya sebuah undang undang atau perlembagaan.

Menurut Ketua Wirawati Perkasa Cik Zaira Jaafar, kenyataan YB Nurul Izah adalah sangat berisiko dan boleh mengugat keharmonian serta keselamatan negara dan memaklumkan Perkasa mengutuk sekeras kerasnya kenyataan YB Nurul Izah ini.

Gambar disekitar balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur disini.

How Come Asking Someone To Go Home Is A Racist Remark?
The non-Malays went berserk when they heard how the Principal in Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor insulted their children, by asking the Chinese to go back to China and the Indians of wearing dog-chains.

I am not a racist, though I admit that I started to doubt that now.  I personally don’t agree with racist remarks from anybody especially coming from a teacher.  But with the racist sentiment filling up the air uncontrollably, lately, I understand fully, how this teacher has come to this point.

A teacher wouldn’t be uttering such words without a good reason.  Something must have triggered the words and I believe, she was provoked into saying it just like what the DAP and MCA is doing to the government, UMNO and the Malays lately.

We are already choking, and it looks like nothing could be said or done could purify the air for now.

I do believe that the ‘dog-chain’ thing is too much.   The Principal should apologize on that and if action is to be taken, then be it.

But, I didn’t know that coming from China is something insulting.  Asking someone to go home is not at all a racist remark.

Especially when the Chinese made it clear how proud they are to be Chinese from China .  They look up upon Mao Tze Tung and all the great warriors of China and never share the same proudness towards our Hang Tuah, Tunku Abdul Rahman, Mat Kilau and other Malaysian heroes just because these Malaysian heroes are not of Chinese ethnic.

The Chinese despise Malaysia , Malays, our Kings, our language and everything, so why the hell don’t they go back to China ?  It is just natural for the Principle to tell their kids to go back to China , where their hearts and souls belong.

Only in Malaysia , we see people go crazy, stomping their feet, insisting that they are Malaysians but at the same time don’t want anything to do with Malaysia .

Only in Malaysia , we see people who insist that they are Malaysians but couldn’t even speak Bahasa Malaysia .

Only in Malaysia , we see people who want to be treated equally as the original settlers but cunningly try to re-write the Malaysian’s history and constitution.

Only in Malaysia , we see people who claim to be Malaysians but cannot even sing the National Anthem!

Only in Malaysia , we see people who fight for equality but insist on going to vernacular schools.

No other multi-racial country in the world would tolerate vernacular schools except Malaysia .

No other multi-racial country in the world would give equal privilege, rights or acknowledgment on the importance of other culture and language to be taught and nurtured among the youngsters.

Only in Malaysia we see minority own 81% of the economic cake and it is still ain’t enough.

Only Malaysian Chinese would ask for Namewee to be forgiven and look up upon the person and even set up a fan club.

And only Malaysia , would forgive someone like Namewee.

The fact that Malaysia has come this far and that the Malaysian Chinese have achieved so much doesn’t seem important anymore.

Of course there are few Chinese students who didn’t get scholarships despite being poor, but there are Malay and Bumiputra students with the same fate too.  The problem lies in the implementation of the system, not the race.  We have to stop looking at things from the race point of view.

In order to do that, maybe the Chinese first need to look at it from the non-Chinese point of view:   what if you didn’t get promoted even when you have proven to be the best employee just because the Chinese management wants only Chinese to hold top posts?

Or you did not get the job even when the interviewer admitted that you are the best candidate, and tell you to your face that they can’t hire you because you are not a Chinese?

Only Malaysian Chinese can hire a new, dumb guy to become your boss, rather than promoting you to the post because the new, dumb guy is a Chinese and you’re not.

Only Malaysian Chinese who want to hold top posts in government sectors but will never ever open top posts for other races in the private sectors dominated by them.

Only in Malaysian Chinese we see a clear practice of double standard and bias when questioning about the positions and employment opportunities in government sectors as compared to private sectors.

Only in Malaysian Chinese, we see zero tolerance, total greed and unlimited hatred.

Only in Malaysian Chinese we see that greed, intolerance, hatred and double standards are acceptable values.

So, how do the Malaysian Chinese interpret equality, actually?

How do the Malaysian Chinese prove that they deserve to be treated as Bumiputras or even call themselves Malaysians?

Could I get a straight, simple answer to these simple questions?

Angelia Sinyang