Halaman Utama » November, 2009 Kiriman pada “November, 2009”

LAPORAN KHAS:Perjanjian Damai Kerajaan Malaysia dan PKM

LAPORAN KHAS:Perjanjian Damai Kerajaan Malaysia dan PKM

LAPORAN KHAS: Sempena Ulang Tahun Ke-20 Perjanjian Damai Kerajaan Malaysia dan PKM (Bahagian Pertama)
Oleh ROZAID A. RAHMAN
(Menjelang Rabu ini, genaplah 20 tahun Parti Komunis Malaya (PKM) menamatkan perjuangan bersenjata mereka ke atas Kerajaan Malaysia apabila mereka menandatangani Perjanjian Damai yang bersejarah pada 2 Disember 1989 di Hadyai Thailand. Pengarang Bersekutu mStar, ROZAID A. RAHMAN yang [...]

November 30 2009 | kiriman dalam Artikel | Baca selanjutnya »

Kecekalan Nabil dapat perhatian Ibrahim

Kecekalan Nabil dapat perhatian Ibrahim

Kecekalan seorang pelajar istimewa, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam menarik perhatian Datuk Ibrahim Ali.
Anak kepada pasangan suri rumah dan tukang kayu itu secara rasmi diambil sebagai anak angkat oleh Ibrahim dan semua perbelanjaan untuk menyambung pengajiannya selepas ini akan ditanggung oleh beliau.
Kesanggupan [...]

November 29 2009 | kiriman dalam Artikel | Baca selanjutnya »

‘Malang dan rugikan rakyat’

‘Malang dan rugikan rakyat’

Langkah Kerajaan Selangor melarang kakitangan awam serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) disifatkan sebagai malang dan merugikan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia menyebabkan sebahagian daripada rakyat negeri itu tidak lagi berpeluang mengetahui fakta-fakta dan hal-hal terkini kenegaraan.
Beliau berkata, sepatutnya Kerajaan Selangor tidak [...]

November 27 2009 | kiriman dalam Artikel | Baca selanjutnya »

AidilAdha Disambut Dengan Penuh Kesyukuran Di Seluruh Negara

AidilAdha Disambut Dengan Penuh Kesyukuran Di Seluruh Negara

Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh rasa kesyukuran disertai dengan semangat pengorbanan dalam menghadapi pelbagai dugaan dan bencana.
Walaupun banjir melanda beberapa negeri sejak minggu lepas terutama di Kelantan dan Terengganu, namun sambutan Aidiladha di negeri-negeri terbabit tetap meriah.
Di Terengganu, seramai 1,026 mangsa banjir yang masih berada di pusat [...]

November 27 2009 | kiriman dalam Artikel | Baca selanjutnya »

Chin Peng tidak layak jadi idola

Chin Peng tidak layak jadi idola

Chin Peng tidak layak dijadikan idola oleh sesiapa pun kerana selain dosa kekejaman yang tidak terampun, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu diyakini masih tegar menjunjung fahaman komunisme.
Sebaliknya Chin Peng perlu dilayan seperti penjenayah perang Nazi yang terus diburu dan dihadap ke mahkamah perang antarabangsa apabila berjaya ditangkap.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad [...]

November 26 2009 | kiriman dalam Artikel | Baca selanjutnya »

“Tiada maaf bagimu Chin Peng”

“Tiada maaf bagimu Chin Peng”

PUTRAJAYA 24 Nov. – “Tiada maaf bagimu Chin Peng”. Itulah jawapan kerajaan terhadap permohonan maaf bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu atas keganasan PKM kepada rakyat dan pejuang negara suatu ketika dahulu.
Malah, tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pendirian kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air sebelum ini adalah [...]

November 25 2009 | kiriman dalam Artikel | Baca selanjutnya »

Sultan Selangor mahu rakyat faham fungsi kedaulatan raja

Sultan Selangor mahu rakyat faham fungsi kedaulatan raja

SHAH ALAM 23 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan seluruh rakyat di negeri itu supaya memahami dengan jelas fungsi Raja Berperlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Titah baginda, pemahaman terhadap perkara itu amat penting kerana ia boleh menghapuskan perasaan ragu-ragu, kurang faham atau curiga di kalangan rakyat tentang mengapa kedaulatan [...]

November 24 2009 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Institusi Raja Mampu Main Peranan Pengimbang Kuasa

Institusi Raja Mampu Main Peranan Pengimbang Kuasa

SHAH ALAM: Kedaulatan Institusi Raja di Malaysia perlu dipelihara kerana ia institusi yang boleh memainkan peranan pengimbang kuasa, kata Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Beliau berkata memandangkan keadaan politik di Malaysia sering memperlihatkan ketidakstabilan, besar kemungkinan rakyat sudah mengharap ada pihak lain yang boleh memainkan peranan besar sebagai pengimbang kuasa.
Beliau berkata demikian semasa [...]

November 24 2009 | kiriman dalam Artikel | Baca selanjutnya »

Jamaludin seperti ‘pahlawan Melayu’ serah watikah kepada Obama

Jamaludin seperti ‘pahlawan Melayu’ serah watikah kepada Obama

NEW YORK 22 Nov. – Tarikh 4 November 2009 tentunya akan meninggalkan banyak kenangan kepada Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis yang secara rasmi menyerahkan watikah pelantikan sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) kepada Presiden Barack Obama.
Berbanding dengan tradisi diplomatik berpakaian sut sebelum ini, Jamaluddin memasuki White House seperti pahlawan Melayu dengan baju Melayu dan [...]

November 23 2009 | kiriman dalam Perkasa | Baca selanjutnya »

Datuk Ahmad Saad ketuai Perkasa Pulau Pinang

Datuk Ahmad Saad ketuai Perkasa Pulau Pinang

Bekas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Ahmad Saad dilantik Yang Dipertua (YDP) Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang berkuat kuasa 18 Oktober lalu.
Pelantikan Ahmad, 63, adalah selaras dengan pindaan perlembagaan Perkasa baru-baru ini yang membolehkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu melantik jawatankuasanya di setiap negeri.
Menurut Ahmad, beliau menerima surat tawaran mengenai pemilihannya sebagai [...]

November 16 2009 | kiriman dalam Perkasa Negeri | Baca selanjutnya »

Perkasa cadang adakan pungutan suara

Perkasa cadang adakan pungutan suara

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk melaksanakan sistem pendidikan satu aliran mengikut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pungutan suara boleh dilakukan selaras dengan prinsip demokrasi yang membenarkan keputusan majoriti.
“Tetapi jika ianya dipersetujui semua pihak, jika ditunggu untuk persetujuan semua pihak ianya sama seperti tunggu [...]

November 2 2009 | kiriman dalam Artikel | Baca selanjutnya »

PERKASA anggap Najib hebat

PERKASA anggap Najib hebat

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin hebat dan berwawasan, kerana membuat keputusan untuk melaksanakan dasar sekolah satu aliran hanya selepas mendapat persetujuan semua kaum di negara ini.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata melalui kaedah demokrasi itu dengan sokongan semua kaum, ia mampu menjadi panduan ke arah melaksanakan [...]

November 2 2009 | kiriman dalam Perkasa Negeri | Baca selanjutnya »