Halaman Utama » December, 2009 Kiriman pada “December, 2009”

Selamat Tahun Baru 1Malaysia 2010

Selamat Tahun Baru 1Malaysia 2010

ESOK Jumaat kita akan menyambut Tahun Baru 2010. Meninggalkan tahun 2009 yang penuh dengan pelbagai warna-warni kehidupan. Warna-warni yang menandakan Malaysia semakin matang hari demi hari. Proses penambahbaikan berlaku setiap saat. Proses percubaan dan kesilapan berlaku saban masa.
Proses keresahan dan keceriaan bersilih ganti.
Mulai esok juga Malaysia akan memasuki usia 53 tahun. Baru 53 [...]

December 31 2009 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Serahkan kepada Anuar Tan

Serahkan kepada Anuar Tan

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini mencabar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dan menyerahkannya kepada Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu wajar bagi membuktikan keikhlasan Mursyidul Am Pas itu dalam memberi peluang kepada orang [...]

December 30 2009 | kiriman dalam Perkasa | Baca selanjutnya »

Tuduhan Perkasa pecah-belah masyarakat satu ujian

Tuduhan Perkasa pecah-belah masyarakat satu ujian

KUALA LUMPUR 29 Dis. – “Cabaran ini merupakan ujian terhadap jati diri saya daripada Allah dan bagi seorang pejuang, ini adalah perkara kecil saja.”
Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mengenai wujud dakwaan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu ditubuhkan untuk memecah-belahkan masyarakat.
Katanya, tuduhan seperti itu adalah perkara biasa memandangkan penubuhan [...]

December 30 2009 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

32,000 belum daftar sebagai pemilih di Perlis

32,000 belum daftar sebagai pemilih di Perlis

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Seramai 32,000 orang yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi di Perlis walaupun mereka telah mencapai 21 tahun.
Presiden Pribumi Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, ia menjadi satu kerugian kerana mereka mempunyai hak memilih siapa yang bakal membentuk kerajaan yang memerintah.
“Jika tiada usaha dibuat oleh sesiapa maka ia menjadi [...]

December 29 2009 | kiriman dalam Perkasa Negeri | Baca selanjutnya »

Perkasa mula terkena tempias jahat – Sanusi

Perkasa mula terkena tempias jahat – Sanusi

Sudah menjadi lumrah dunia, setiap sesuatu yang mula menarik perhatian umum akan dicemburui, lebih teruk lagi apabila terdapat pelbagai usaha untuk menghancurkannya.
Sedari atau tidak, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan keistimewaan kaum pribumi negara ini mula terkena tempias jahat itu. Pendedahan itu dibuat oleh Veteran UMNO, Tan Sri [...]

December 29 2009 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

YAHUDI KUASAI DUNIA MELALUI NGO

YAHUDI KUASAI DUNIA MELALUI NGO

SATU FORMULA UNTUK SURVIVAL BANGSA
1. Pada pagi 19hb Disember, 2009 saya dan isteri telah pergi dengan kereta ke UiTM Tronoh untuk merasmikan mesyuarat penubuhan PERKASA. Mengikut Presiden PERKASA YB Dato’ Ibrahim Ali ilham untuk menubuhkan PERKASA telah dicetuskan setelah beliau berjumpa dengan Tun Ibrahim Ismail bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tun Ibrahim Ismail [...]

December 28 2009 | kiriman dalam Artikel | Baca selanjutnya »

Guna Akta Hasutan, ISA ke atas pencetus isu sensitif

Guna Akta Hasutan, ISA ke atas pencetus isu sensitif

JOHOR BAHRU 27 Dis. – Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menggesa kerajaan bertindak tegas termasuk menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang membangkitkan isu sensitif.
Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, tindakan pihak terbabit boleh mengguris hati orang Melayu selain menggugat ketenteraman awam.
“Kegagalan menangani isu sedemikian akan hanya memercikkan ekstremisme kaum,” [...]

December 28 2009 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Perkasa komited bantu SPR

Perkasa komited bantu SPR

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) menyatakan komitmen untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menarik lebih ramai rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi baru.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya akan membuka kaunter khas di setiap program anjuran pertubuhan itu sama ada di peringkat negeri atau daerah dengan kerjasama suruhanjaya itu [...]

December 25 2009 | kiriman dalam Perkasa | Baca selanjutnya »

Enam Sesi Pertemuan Awam, KDN Setuju ISA Dikekalkan

Enam Sesi Pertemuan Awam, KDN Setuju ISA Dikekalkan

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan enam sesi Pertemuan Awam dengan pihak berkepentingan bagi membincangkan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan masing-masing bersetuju akta itu dikekalkan bagi tindakan pencegahan awal sebarang perbuatan atau tindakan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lima isu pokok telah dikenalpasti [...]

December 24 2009 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Redakan sentimen perkauman

Redakan sentimen perkauman

SENTIMEN primordial merujuk kepada perasaan bangga sesuatu kaum atau puak ke atas kumpulannya. Ia hasil persamaan budaya, perkongsian dan pengalaman hidup, pertalian darah, keturunan serta sejarah yang dilalui secara bersama.
Lantas, tidak hairanlah orang Melayu akan melindungi kaumnya jika ada sebarang gugatan dalam bentuk tulisan, lisan mahupun tindakan yang dianggap mengancam simbol-simbol atau institusi yang mewakili [...]

December 23 2009 | kiriman dalam Rencana | Baca selanjutnya »

Budaya politik keterlaluan ancam kestabilan negara

Budaya politik keterlaluan ancam kestabilan negara

Sultan Azlan Shah gesa isu sensitif ditangani secara bijaksana
ISU berhubung-kait dengan kaum, budaya, bahasa dan agama adalah perkara sensitif yang sangat mudah menyentuh emosi. Perkara sensitif seperti itu dengan cepat mencetuskan provokasi atau salah faham yang membawa kepada polemik, kontroversi atau konfrontasi.
Namun, sejak akhir-akhir ini, ahli politik semakin gemar menggunakan isu berkenaan, termasuk [...]

December 22 2009 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Perhimpunan desak pemimpin DAP minta maaf

Perhimpunan desak pemimpin DAP minta maaf

IPOH 20 Dis. – Hampir 200 wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berang tindakan beberapa pemimpin DAP negeri menyentuh isu sensitif berkaitan agama Islam dan orang Melayu berhimpun secara aman tidak jauh dari Wisma DAP negeri di sini hari ini.
Kumpulan itu terdiri daripada wakil Pemuda UMNO, MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk (PPP) [...]

December 21 2009 | kiriman dalam Perkasa | Baca selanjutnya »

Ketuanan Melayu boleh hilang

Ketuanan Melayu boleh hilang

Ibrahim Ali bersalaman dengan hadirin pada majlis pelancaran Perkasa Perlis di Kangar, semalam,
——————————————————————————–
KANGAR 20 Dis. – Hak ketuanan Melayu akan hilang di Malaysia jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas terus diperalatkan DAP untuk menumbangkan UMNO menerusi sistem pilihan raya umum.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tanda-tanda ke arah itu [...]

December 21 2009 | kiriman dalam Perkasa Negeri, Semasa | Baca selanjutnya »

Royalti minyak: Ibrahim cadang Ku Li jumpa Perdana Menteri

Royalti minyak: Ibrahim cadang Ku Li jumpa Perdana Menteri

BALING 20 Dis. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dicadangkan supaya bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu tuntutan royalti minyak demi kepentingan bersama rakyat Kelantan.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertemuan dengan Perdana Menteri lebih ‘elok’ memandangkan Tengku Razaleigh adalah bekas pengasas dan pengerusi Petronas yang mencipta perjanjian [...]

December 21 2009 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Jadikan kursus BTN prasyarat bakal mahasiswa

Jadikan kursus BTN prasyarat bakal mahasiswa

PARIT 19 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) mencadangkan semua bakal mahasiswa dihantar mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) terlebih dahulu sebelum menjejakkan kaki ke universiti.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kursus itu juga wajar dijadikan prasyarat bagi mereka yang akan diterima sebagai kakitangan kerajaan serta peminjam pelbagai skim yang disediakan kerajaan.
“Buat masa ini kursus [...]

December 20 2009 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »