Halaman Utama » January, 2010 Kiriman pada “January, 2010”

KM dituduh berfikiran amat bahaya

KM dituduh berfikiran amat bahaya

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat berbahaya kerana beliau yang dikatakan mempunyai fikiran antiperlembagaan Persekutuan dan antisistem demokrasi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sinis berkata, dakwaan itu boleh dianggap benar selagi Guan Eng tidak menafikannya dan membuat laporan polis terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan ‘ledakan [...]

January 31 2010 | kiriman dalam Perkasa | Baca selanjutnya »

Pemimpin Parti Harus Ambil Berat Pandangan NGO, Kata Dr Mahathir

Pemimpin Parti Harus Ambil Berat Pandangan NGO, Kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Pemimpin parti politik harus mengambil perhatian terhadap pandangan dan rintihan yang disuarakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana ianya merupakan suara rakyat.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun bilangan NGO di negara ini adalah kecil namum mereka memainkan peranan yang cukup besar pada pilihan raya dengan mampu memberikan kemenangan kepada parti.
“Pada [...]

January 31 2010 | kiriman dalam Perkasa | Baca selanjutnya »

Itulah Guan Eng sebenar

Itulah Guan Eng sebenar

JITRA 30 Jan. – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bersetuju dengan dakwaan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin yang cauvinis dan diktator.
Menurutnya, Guan Eng bukan sahaja tidak disukai oleh penduduk Pulau Pinang selepas menerajui negeri itu, bahkan DAP Melaka dan orang negeri berkenaan pun tidak sukakannya.
Sebab itulah [...]

January 31 2010 | kiriman dalam Perkasa | Baca selanjutnya »

Dari Rakyat Kepada Tuanku.

Dari Rakyat Kepada Tuanku.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Ampun Tuanku…Sembah patik khas dari rakyat untuk Tuanku Sultan. Pertama-tamanya patik merafak sembah menjunjung kasih dan tahniah di atas pemashuran Tuanku sebagai sultan Johor yang ke 5 dalam Kesultanan Johor Moden. Sebagai rakyat yang menjunjung perlembagaan negara dan mendokong sistem demokrasi raja berperlembagaan, patik mengambil kesempatan di waktu yang bertuah [...]

January 31 2010 | kiriman dalam Perkasa Negeri | Baca selanjutnya »

Selamatkan Malaysia dari siapa?

Selamatkan Malaysia dari siapa?

TIBA-TIBA suhu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) naik mendadak menjelang perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2 Januari ini.
Semua usaha digerakkan. Selain Anwar melancarkan siri jelajah atau road show untuk pertahankan dirinya, penerbitan akhbar dan laman web parti berkenaan menyeru agar rakyat bangkit. Laporan utama di muka hadapan penerbitan rasmi [...]

January 31 2010 | kiriman dalam Sejarah | Baca selanjutnya »

Ramai lompat keluar bila PKR hanyut

Ramai lompat keluar bila PKR hanyut

PERTELAGAHAN bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menambah catatan “menarik” dalam antologi PKR.
Kelantangan Zahrain terhadap isu Melayu adalah luar biasa dalam PKR sekaligus membahayakan kedudukan Zahrain.
Sebelum ini kelantangan Ahli Parlimen PKR Kulim – Bandar Baru Zulkifli Noordin terhadap Khalid [...]

January 31 2010 | kiriman dalam Sejarah | Baca selanjutnya »

Zahrain pertahan dakwaan

Zahrain pertahan dakwaan

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tetap mempertahankan kenyataannya yang mendakwa Ketua Menteri, Lim Guan Eng seorang yang cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya.
Menurut bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu, beliau tidak mempunyai sebarang agenda peribadi apabila mengeluarkan kenyataan tersebut sebaliknya mahu menjaga kepentingan negeri itu.
Tegasnya, jika ada pihak yang [...]

January 31 2010 | kiriman dalam Perkasa | Baca selanjutnya »

Kerajaan tak cadang tubuh Suruhanjaya Antara Agama

Kerajaan tak cadang tubuh Suruhanjaya Antara Agama

Kerajaan tidak bercadang menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama pada masa ini kerana dialog tertutup yang dilakukan berterusan sekarang sudah memadai untuk menangani isu berbangkit, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata dialog tertutup itu juga dapat membantu mewujudkan persefahaman, menimbulkan suasana aman dan saling hormat-menghormati di kalangan rakyat majmuk di negara ini.
“Kita [...]

January 31 2010 | kiriman dalam Perkasa | Baca selanjutnya »

Perkasa hantar surat ke vatican

Perkasa hantar surat ke vatican

Bagi mendapat kepastian penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama Kristian, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali telah menulis surat kepada Pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI.
Surat setebal empat muka surat yang dihantar pada 15 Januari lalu turut menerangkan situasi terkini di Malaysia berhubung isu kalimah Allah selain meminta penjelasan pemimpin Vatican [...]

January 31 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Suruhanjaya Antara Agama tidak perlu – Muhyiddin

Suruhanjaya Antara Agama tidak perlu – Muhyiddin

Kerajaan tidak bercadang menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) kerana dialog tertutup yang diadakan bagi menangani isu-isu sensitif termasuk penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sudah memadai.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses dialog adalah yang terbaik bagi mencari satu titik pertemuan, mewujudkan sifat saling hormat-menghormati serta memastikan tidak tercetus perasaan [...]

January 31 2010 | kiriman dalam Perkasa | Baca selanjutnya »

Pelancaran Perkasa Selangor

Pelancaran Perkasa Selangor

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjulang keris manakala Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan tetamu lain mengangkat tangan sebagai simbol pelancaran Perkasa Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Ulu Kelang, 30 Januari.

January 31 2010 | kiriman dalam Dari Lensa | Baca selanjutnya »

Dr. Mahathir kecewa parti Melayu bantu kaum sendiri

Dr. Mahathir kecewa parti Melayu bantu kaum sendiri

DR. Mahathir Mohamad mengangkat keris tanda simbolik pelancaran Perkasa Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Hulu Kelang, semalam. Turut hadir Noh Omar (dua dari kiri) dan Ibrahim Ali (tiga dari kiri).
————————————————-
KUALA LUMPUR 30 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu ‘asyik’ [...]

January 31 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

NGO wujud kerana UMNO tak mampu pejuang hak Melayu sendirian

NGO wujud kerana UMNO tak mampu pejuang hak Melayu sendirian

Kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) disebabkan ada pada kalangan orang Melayu berpendapat, UMNO tidak mampu memperjuangkan hak kaum itu secara bersendirian, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, kata beliau, pertubuhan itu tidaklah sekuat UMNO dalam memperjuangkan bukan saja kaum Melayu malah bangsa lain di negara ini.
“Pada kalangan [...]

January 30 2010 | kiriman dalam Perkasa | Baca selanjutnya »

Hala tuju BN lebih jelas – TPM

Hala tuju BN lebih jelas – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) kini mempunyai hala tuju lebih jelas dalam melaksanakan segala transformasi demi kepentingan rakyat.
Katanya, apa yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti Pelan Transformasi Kerajaan (PTK) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukan perkara yang boleh dianggap kecil.
“Segala perubahan dibentuk sehingga [...]

January 30 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »

Azmin tidak bertanggungjawab

Azmin tidak bertanggungjawab

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali tidak bertanggungjawab apabila menuduh ahli pergerakan itu terlibat dalam insiden membakar gereja di sekitar Lembah Klang.
Katanya, tuduhan Azmin itu jelas berniat jahat dengan mempunyai maksud tersirat kononnya UMNO adalah dalang insiden terbabit.
Justeru, beliau mencabar Azmin [...]

January 30 2010 | kiriman dalam Semasa | Baca selanjutnya »