Pengundi Hantu
Isu pengundi hantu ini selalunya sering dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Agak pelik juga jika pilihanraya kecil Permatang Pasir keadaan sebaliknya berlaku. Setakat ini selepas laporan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang,(Klik di sini) dua hari lalu, Puteri UMNO negeri(Klik di sini) turut membuat laporan polis pada petang Sabtu mengenai kewujudan pengundi hantu atau pengundi setinggan di kawasan Permatang Pasir. Adakah kemungkinan jika kawasan itu memang kawasan kuat penyokong pembangkang maka pengundi hantu ini dibiarkan saja tetapi sebaliknya jika kawasan itu kawasan penyokong tegar BN maka menyalak-nyalak lah suara mengatakan wujudnya pengundi hantu itu.
Apakah yang dimaksudkan pengundi hantu?
Pengundi hantu adalah istilah politik kepada pengundi sama ada:-
Contoh pengundi hantu (SPR)
* Pengundi itu berumur lebih daripada 120 tahun (lihat contoh SPR di bawah)
* Pengundi beralamatkan rumah yang mengandungi lebih daripada 20 orang.
* Pengundi itu tiada kaitan dengan pemilik alamat berdaftar pengundi berkenaan.
* Pengundi yang sama didaftarkan lebih daripada sekali. Ini sering berlaku di kalangan pengundi tentera(Klik di sini) yang merupakan pengundi pos dan juga pengundi biasa. Dalam konteks ini, mereka didaftarkan dengan nombor tentera untuk undian pos manakala nombor kad pengenalan Malaysia untuk undian biasa.
Perlukah kita menyalahkan SPR dalam hal ini? Apa kata SPR ? Pihak SPR pula menjelaskan bahawa mereka hanya boleh mengeluarkan nama seseorang pengundi jika disertakan bukti (surat mati), dan tidak boleh menerima maklumat lisan. Oleh itu nama mereka yang meninggal dunia akan kekal dalam senarai sehingga dilaporkan oleh waris beserta surat mati atau dokumen rasmi yang lain. SPR juga memerlukan kuasa untuk mengadakan daftar pemilih baru dari semasa ke semasa dan kuasa bagi melupuskan senarai lama (termasuk mereka yang telah meninggal dunia). Sehubungan itu, pihak SRR meminta waris yang mengetahui saudara mara sudah meninggal dunia, mengemukakan salinan sijil kematian atau permit mengebumikan individu terbabit supaya SPR dapat membuat semakan.
Menurut undang-undang Malaysia, seseorang pengundi hantu, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.
Berdasarkan laporan yang pernah dibuat oleh pihak pembangkang (klik di sini) dan juga laporan polis oleh Pemuda dan Puteri UMNO menunjukkan bahawa memang wujud manusia-manusia yang menjadi pengundi hantu ini. *******a bezanya jika kawasan itu kubu BN maka pihak pembangkang akan bersuara dan begitu juga jika berlaku di kawasan yang kuat pengaruh pembangkang maka UMNO pula yang bersuara. Setakat ini sudah berapa kes / orang yang pernah didakwa atas dakwaan pengundi hantu ini? Tak tau ! Kenapa tidak buat pendakwaan kerana kesalahan ini memang ada di dalam peruntukan undang-undang beserta dengan hukuman sekali.
Berdasarkan penerangan SPR maka parti-parti politik dan individu-individu tertentu yang tidak mengambil berat untuk menghapuskan masalah-masalah pengundi hantu ini. Perkara ini tidak boleh dibiarkan sehingga menjadi barah yang boleh menjadikan keputusan sesuatu pilihanraya itu tidak ‘diiktiraf’ gara-gara masalah ‘pengundi hantu’. SPR rasanya boleh mencipta satu sistem yang lebih mudah untuk parti-parti politik ‘membuang’ pengundi-pengundi hantu dalam daftar pemilih pengundi. Dengan sistem pengkomputeran canggih sekarang, SPR tidak hanya boleh mengharapkan cara konvensional dan manual untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu ini.
Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dijangkakan menjadi medan pilihanraya terhebat dalam sejarah. Pilihanraya Umum akan datang akan menentukan kerajaan mana yang menjadi pilihan rakyat. Kerajaan yang ada memerlukan mandat baru rakyat atau akan kehilangan kuasa. Oleh itu SPR diharapkan dapat bertindak cekap dan telus untuk menjadikan pilihanraya di Malaysia ini bersih, tepat dan betul.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.
