Ibrahim Ali anggap Ting Yan tidak faham Perlembagaan
KUALA LUMPUR 9 Mac – Majlis Perundingan Melayu (MPM) menempelak Timbalan Editor akhbar Sin Chew Jit Poh, Tay Ting Yan sebagai penulis yang emosi, buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan.
Pengasas MPM, Datuk Ibrahim Ali berkata, penulisan rencana Ting Yan yang memperlekehkan penubuhan MPM itu menjadi bukti jelas kecetekan ilmu pengetahuannya.
Beliau yang juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, ia kerana perjuangan MPM adalah untuk mempertahankan apa juga peruntukan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan bukannya membuat desakan yang melampau sebagaimana orang bukan Melayu.
Tambahan pula, jelas beliau, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa mana-mana pribumi yang masih ketinggalan di tanah air sendiri perlu dibela sehingga mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.
“Perjuangan MPM akan terus relevan selagi watak-watak seperti Ting Yan masih wujud dalam negara ini selepas puluhan tahun kita mencapai kemerdekaan.
“Dia hendak tulis apa pun kita tak ambil peduli sebab semakin banyak penulisan sedemikian makin berkobar-kobarlah semangat kami mempertahankan hak bumiputera,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Pada 2 Mac lalu, Ting Yan dalam ruangan Sudut Pendapat akhbar Sin Chew Jit Poh memperlekehkan perjuangan 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membentuk MPM sebagai mengigau dan berkhayal beramai-ramai.
Menurut beliau jika perjuangan NGO itu disebut pada tahun 1946, sudah tentu tepat pada masanya, diterima dan boleh masuk akal.
“Helo! Helo! Perkasa, GPMS, Mubarak dan lain-lain NGO-NGO Melayu, anda semua tidak apa-apa ke? Adakah anda masih beramai-ramai bermimpi, mengigau dan dalam khayalan lagi?
“Jangan risau, di bumi Malaysia ini, tiada seorang pun yang berani mencabar hak-hak kamu semua, jika hak-hak kamu semua itu berlandaskan Perlembagaan negara.
“Tetapi dalam dunia globalisasi hari ini, Malaysia adalah negara yang bersikap terbuka, sudah tentu orang Melayu sudah sampai masanya mampu bersaing,” tulis Ting Yan.
Mengulas lanjut, Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memandang rendah kepada mana-mana pihak yang mempertahankan hak bumiputera.
Tegasnya, ia juga bukan perjuangan mengundur ke belakang kerana pada masa ini semakin kuat arus tuntutan yang tidak masuk akal dibuat bukan bumiputera.
“Barisan kepimpinan MPM ini adalah golongan Melayu yang berpendidikan tinggi, kami bukannya orang bodoh untuk dipijak-pijak kepalanya,” tegasnya.

helo…helo…tay tin yang, dan yang lain yang masih x faham2 sejarah melayu dan x faham2 tanah yang dipijak ini di dalam kepulauan MELAYU.
sampai bila perlu org melayu terangkan semua ni, atau saja buat2 bongok!!!
Org melayu x pernah takut hak kami diambil org lain malah kami lah yang memberi hak kepada org lain macam kamu tu ‘tin kosong oooi’.
tapi jangan sampai jasa yang baik di balas busuk oleh kaum lain…
kepada dato’ ibrahim – teruskan usaha memperkasakan MELAYU ini, kami sentiasa sebaris dengan dato’ sehingga ke akhirnya…Insya-Allah…
Tay Tin Yang sememangnya pendatang yang lupa diri dan asal usul…. Dah diberi betis, mahukan peha pula…
Tahniah dato’ atas perjuangan membela bangsa kita yang dah sememangnya orang Melayu banyak lagi ‘merempat’ di bumi sendiri. Saya menyokong penuh kepimpinan dan perjuangan dato!
“Jangan risau, di bumi Malaysia ini, tiada seorang pun yang berani mencabar hak-hak kamu semua, jika hak-hak kamu semua itu berlandaskan Perlembagaan negara.
“Tetapi dalam dunia globalisasi hari ini, Malaysia adalah negara yang bersikap terbuka, sudah tentu orang Melayu sudah sampai masanya mampu bersaing,” tulis Ting Yan”
Kalau Ting Yan boleh bercakap begini kenapa tak cakap begini
“Jangan risau bangsa cina, sekolah satu aliran hanya untuk perpaduan dan bukan untuk melayukan kita.”