Pelancaran Perkasa Pahang Sempurna.
Perkasa Pahang telah sempurna di rasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yakub.
Sambutan dari warga Pahang amat amat memberangsangkan demi melihat Melayu bersatu.
Kehadiran YAB Menteri Besar telah disambut dengan persembahan gendang dan seni silat yang didatangkan khas untuk memeriahkan majlis Perasmian Perkasa Pahang ini.
Sebelum Perasmian satu wacana khas yang membicarakan kedudukan orang Melayu telah di adakan bagi memenuhi aturcara perasmian, Diantara penceramah yang telah sudi untuk berkongsi pengalaman ialah YDP Perak, YDP Selangor, YDP Sabah dan diakhiri dengan YDP Perlis.
YDP Pahang Sdr Dr Zawawi telah menyampaikan kata aluan dengan mengutarakan dua perkara yang perlu diambil lihat oleh pihak berwajib ia itu isu Pendidikan dan Ekonomi.
YB dato Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa didalam ucapan telah memberi kata semangat dan menyeru agar para hadirin menyertai aktiviti Perkasa untuk memastikan ketuanan Melayu tetap kukuh dan berterusan.Sambil mengucapkan Ribuan terima kasih kepada Dato Seri Adnan yang merupa satu satunya Menteri Besar yang berani dan telah sudi hadir bersama kedalam majlis yang dianjurkan Perkasa.
YAB Dato Seri Adnan Menteri Besar Pahang mengakhir ucapan beliau dengan merasmikan dan melancarkan Perkasa Negeri Pahang dengan memukul gong sebanyak tiga kali dan berjanji akan turut membantu Perkasa sedaya mampu.
Majlis diakhiri dengan satu kejutan buat hadirin terutama Dato Presiden sendiri kerana YDP beserta AJK Perkasa Pahang telah menyediakan Pulut Kuning bagi menyambut hari kelahiran YB Dato Presiden yang kebetulan jatuh pada 25 Jan. Sehari awal dari majlis pelancaran Perkasa Pahang. Semoga Allah rahmati Dato Ibrahim Ali.
Sekian.
Ps/– Untuk gambar foto disini
