LAPURAN POLIS 27/07/2009
LAPURAN POLIS
Pelapur : S/U Agung PERKASA
Tempat : Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi
Tarikh : 27/07/2009
Waktu : 1.30 Tengahari
…………………………………………………………………………………………
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)yang telah didaftarkan pada 12/09/2008 dengan nombor pendaftarannya 1579-08-WKL, dengan rasa bertanggungjawab mewakilkan Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Bin Syed Ali, membuat lapuran Polis seperti di bawah ini :-
Saya ingin membuat aduan bahawa saya telah menjumpai satu lapuran didalam laman web Malaysiakini.com (berita bertarikh 21/07/09) yang yang memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS menyatakan akan turut serta satu gerakan kumpulan yang disebut Gerakan Masuhkan ISA(GMI) yang akan mengadakan perhimpunan di beberapa lokasi di Ibukota serta perarakan menuju ke Istana Negara pada Sabtu 1hb. Ogas 2009.
Perhimpunan dan perarakan itu dikatakan ingin menyampaikan satu memorandum kepada DYMM Agong berkaitan desakan untuk memansuhkan ISA. Mengikut berita itu, mereka akan berhimpun di tiga tempat berasingan iaitu di Masjid Jamek, KL Sentral dan SOGO.
Kami juga terbaca dalam akhbar sebuah lagi NGO iatu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan beberapa NGO lain baru-baru ini juga akan mengadakan perhimpunan dan perarakan bertujuan meminta kerajaan mengekalkan ISA pada tarikh dan waktu yang sama dengan GMI.
Dengan hal ini PERKASA berasa sangat cemas kerana jika dua pihak ini bertembung semasa perarakan itu ianya akan menimbulkan suasana tegang dan boleh menyebabkan rusuhan antara dua pihak yang menyokong dan menentang ISA.
PERKASA percaya tindakan sama yang hendak diambil oleh Pewaris itu adalah kerana rasa tercabar dengan tindakan GMI dan PERKASA percaya jika GMI membatalkan perarakan itu, Pewaris juga tidak meneruskan perkara yang sama.
PERKASA telah menerima banyak aduan daripada ahli-ahli PERKASA di kalangan pemadu-pemandu teksi Kuala Lumpur dan peniaga-peniaga kecil di sekitar kawasan tersebut yang mengatakan mereka rasa terancam dari segi keselamatan diri, keselamatan harga benda dan terancam dari segi pendapatan jika perhimpunan dan perarakan itu terjadi.
Ini adalah kerana menurut mereka, pengalaman sebelum ini apabila perhimpunan dan perarakan demostrasi seperti ini berlaku, pendapatan mereka terjejas kerana perasaan sangat takut akan keselamatan diri serta harta benda, mereka menutup primis perniagaan mereka. Bagi pemandu-pemandu teksi pula terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat ribuan penunujuk-penunjuk perasaan memenuhi jalan raya.
PERKASA juga berasa bimbang akan keselamatan orang awan serta pelancung asing yang sudah pasti merosakan imej Negara yang mana sekarang ini adalah musim pelancung dari Timur Tengah begitu ramai sedang berada di Kuala Lumur. Tempat-tempat yang dirancang berkumpul oleh pihak GMI adalah tempat tumpuan ramai pelancung.
PERKASA dengan ini meminta pihak PDRM mengambil langkah tegas bagi menghalang perhimpunan dan perarakan GMI dari diteruskan dengan apa cara sekalipun. PERKASA berharap permohonan permit dari pihak GMI atau pun Pewaris tidak diluluskan.
PERKASA mahu GMI batalkan hastrat mereka dan sekiranya mereka tidak umumkan pembatalkan rancangan ini walaupun telah menerima surat tidak lulus permohonan permit itu dari pihak Polis, bermakna mereka akan teruskan juga rancangan perarakan itu. Pihak Polis diharapkan bertindak tegas tanpa menunggu sehingga hari yang dijadualkan perarakan GMI akan dilakukan.
Masyarakat yang tiada terlibat dengan perarakan tersebut akan marah Pasukan Polis bila jalanraya-jalanraya sesak dan mereka terperangkap dengan waktu yang lama dalam kesesakan kerana sekatan jalaanraya ls pihak Polis.
PERKASA dalam isu ISA ini berpendapat masyarakat perlu bersabar jika tidak sokong ISA. Kerajaan telah berjanji akan mengkaji dan akan buat perubahan dalam hal ISA. Mengapa pihak-pihak ini tidak boleh menunggu usaha kerajaan itu sebelum membuat tindakan.
Sekian.
Setiausaha Agung PERKASA
anda mesti daftar masuk untuk memberi komen.